Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

14 November, 2010

Fakta menarik antara lelaki & perempuan.....

haaaa..ni mesti best kalau korang nak banding kan antara boypren, girlpren dan suami isteri..
mungkin ado sebahagian korang dah tau..tapi takpo..
selak selak yo sementara ada idea bosan nih...huhuhu

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu mlm..
Apek:/ mcm mano tu?....huhuhu
2.Penukaran jantina lebih banyak dilakukan oleh lelaki..
Apek:/yo ko?..mcm sama je..
3.Rata- rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4kg, dan wanita kurang dari itu..
Apek:/patut la panjang akal eh...
4. Bagi wanita, masalah timbunan lemak lebih banyak berlaku pada bahagian punggung..
manakala lelaki lebih banyak timbunan lemak di bahagian perut...
Apek:/ tak di nafikan..hahahha
5. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh(yang menghasilkan Bau badan) daripada lelaki.
Apek:/ patut org pompuan suko boli myk wangi byk²..hahahaha
6. Kemampuan pancaindera lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah dari pada wanita..
Apek:/ patut la org pompuan bole buka kodai runcit..ekekek(segala penyakit)
7. Mata lelaki rata- rata lebih besar daripada mata wanita dan mata wanita lebih banyak bahagian berwarna putih..
Apek:/ apo tak bosa eh..pemandangan cantik skrg nih..ekekek
8. Lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan kanta sentuh antara usia 16 - 44 tahun
Apek:/ ptt la mata diorg lawa..cis kono tipu la nih...huhu
9. Secara umumnya hidung lelaki lebih besar daripada wanita, sedangkan wanita kebanyakanya mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki.
Apek:/ skrg tak lagi dah...sbb semua NABIL raja lawak dah ambil..ekekekek
10. Lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki..
Apek:/ dah nampak ...penyertaan pertandingan nyanyi ramai wanita..
11. Wanita lebih byk menggunakan kata ganti diri"saya" berbanding lelaki..
Apek:/ sopan santun.
12.Wnita kurang mampu menahan sejuk kerana permukaan kulit yang lebih besar dan lebih suka pada ruang yang lebih hangat...
Apek:/ patut la diorg ni suka manje- manje...ekekekek

kopi mahal untuk kengkawan...


Harga minuman sisa musang cecah RM4,940 sekilogram
APA kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram.
Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.
//
Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumuhan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar.
Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.
Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.

Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan.
Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab ‘menghasilkan’ kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses kumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.
Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.
Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa kumuhan yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran.
Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.
Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari.
Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.

11 November, 2010

cerita LELAKI...

KUASA MATA LELAKI....
Dalam menilai kuasa dalam tubuh badan manusia mendapati, mata lelaki memiliki aura yang lebih t inggi berbanding wanita. Mengikut kajian , aura pandangan mata lelaki mapu menembusi ruang deria rasa wanita..
Apek kata:/ lebih pada tu kot...hahahhaah..jahat tul

KUASA HALIA UNTUK JEJAKA..
halia atau nama sains eh..."Zingiber Officinale Ross" merupakan tumbuhan yang semulajadi serta banyak khasiat.
Masa kan tidak,amalan pengambilan halia telah diamalkan dari zaman dulu lagi. bukan sahaja baik untuk kesihatan malah berguna untuk peredaran darah..Haaa bagi lelaki plak ia berfungsi untuk menampah SPERMA..ekekk
Apo kato:/ mnm untuk buang angin badan jee..huhuhuuh

RIWAYAT HIDUP LELAKI
menurut orang tua-tua dulu- dulu, lelaki lebih pendek umur berbanding wanita kerana penggunaan tenaga yang lebih..ye ke?...huhuhu.
Tapi menurut seorang ahli bedah di Atlanta plak mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita...hahahah,,,jgn jeles..perbezaaan ini ternyata disebabkan wanita mempunyai kelenjar peluh yg lebih sedikit berbanding lelaki..
Apek kato:/ Janji ado kelebihan..ekeke

SABUN DI BILIK MANDI..................
Kebanyakan lelaki gemar menggunakan sabun buku berbanding gel mandian...ye ke?
Tahukah kamu bahawa sabun buku merupakan salah satu tempat pembiakan bakteria?
ia akan membiak sebanyak 74% daripada berus gigi.Hala ini kerana kadar PH sabun sangat sesuai untuk pembiakan bakteria.Kepada kaum sejenis ngan den kat luar sana, taks alah jika kita menggunakan sabun buku asalkan penjagaan dan cara pemakaian baik untuk kebersihan kamu...

Apek kato:/ cuci sampai kilat ko?..akakakkak

10 November, 2010

kenyataan dan kemungkinan si dia curang...huhu

menjadi pasangan cinta sejati macam romeo dan juliet merupakan idaman setiap insan yang bergelar manusia.
dalam zaman siber dan mencabar ni, banyak faktor yang mungkin berlaku kecurangan dan bole memusnahkan istana cinta yang kian lama terbina.
jadi kamu lah yang akan menentukan sejauh mana mendalamnya cita kamu terhadapnya..
OK..sebelum jadi bubur lambuk..mohhhh!!! kita tgk tanda² awal yang sidia  curang...huhu

1. Mata resah tgk jam.
padahal jam tu dah lama beli tu...anda juga yang hadiahkan masa hari jadi dia..
kejap² tgk jam dan sekelip mata tindak tanduknya berubah...
mcm ada perkara yang lebih penting dari bersama dengan anda..
dah mula dahhhhh...

2. Madah berhelah
dalam seronok ngah rancang nak dating tetiba sahaja mengadu sakit perut lah...pening lalat lah, lenguh kaki la nak jalan...pado hal baru jap tadi jumpo sihat walafiat..pastu kamu menawarkan bantuan tuk hantar ke klinik atau sbgainya, dia menolak bersungguh² dan ingin pulang bersendirian..

3. Sering tolak tawaran
ni dah mula la..asyik di pelawa je g tgk wayang ke,,g kenduri ke..mcm² alasan...nampak sangat drastik..
kalau dulu bkn main lagi..jom sana..jom sini..ckp je nak g mana..."i bawa u ke alaska pun bole"..cehh

4. Tak jawab call& sMs
Jika dulunya sering berhubung dengan kamu walau pun dah nak tido ...tetap nak  sms n calling².
tapi secara mendadak/tiba² di dia tak hubungi dan tak sms lagi..puas tunggu...
mungkin berlaku atas faktor kerja berlambak atau sebaliknya..tapi kojo apo sampai pagi buta..huhu
malah kamu cuba hubungi dia, HP sidia sentiasa Off atau talian sibuk..

5. Mungkir janji
Dah mula dah..dulu gunung kinabalu pun bole bawa depan umah....skrg tayar keta pun tak jejak depan umah..
hahhah..yang dulu mungkin tinggal kenangan.

6. Marah tidak menentu
Kalau zaman remaja..sifat marah mmg sinonim
tapi kalau bab bercinto...tetiba marah walaupun perkara kecil..ado lah tu
ni mungkin tanda awal sidia akan hye..hye bye..bye

Apek kato:/ lain kali buat bubur nasi ayam..br la sodap..hahhaha

kobau kena cucuk hidung...

ehhh...mcm best je bunyi..nak korban rayo haji lambat lagi..
haa..ni kerbau lain lain..
ni kerbau kalau dah cucuk hidung ..bila tarik dia ikut je..
pesal plak cite kobau nih...huhuhu
ntah la zaman skrg ni pun masih org percaya benda karut marut nih..dan still gunakan pada org lain..
padahal nak sodapkan hati sendiri je..sampai sanggup guna benda karut tu..PELIK
bayangkan lah kalau bos korang ikut segala kata staf  paling bawah pada korang..
apo raso eh..
mesti kojo pun terganggu kan..
ni yang polik nih...bila kita bantah ..kito plak yang kono balik
hari ni koba lain...tak sampai seminit dio koba lain plak...adoiyai...sah dah kono racun...huhuu..
tapi takpo..org yang buat tu sonang kek dunio je...mmg senang hati
tapi ingat la bilo nak mati sok...air selautan pun tak cukup...
nasib den kojo kek sini tak diganggu jugak..kalau tak ..bosa la dosa den plak..hahahhaa
ado niat gak ko?ekekkekek...cakap je

Apek kato:/ Umat akhir zaman..dengki sesama manusia..