Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

25 May, 2011

penindas bangso sendiri..

Assalamualaikum...
baru hari ni hati sojuk sikit sobab hujan lagi..hehhehe
apo hal nih?..
haa ni la nak cerito kecoh psl semalam..hati panas bilo cuaco pun panas...
lepas tu lagi panas bilo pegawai Majlis Perbandaran bikin den jadi panas ..
kalau kopi panas sodap jugak..leh layan sambil bersembang..
ni tak...bak kata karam singh walia..."hutan terbakar semua nampak, hati terbakar siapa tahu"
meh cerito ketidak puasan hati den sikit..
den raso bondo camni la penyobab org melayu kito mundur...
mcm biaso lah..kalau den BW ..den akan molalak..cendol..cendol
hahhaha..sobab dgn kata lain den ni bisnes sampingan menjual cendol..
sapo blogger² yg tak suko mkn cendol? angkat kaki..hhahahaha..
jadi bertapak lah den kat tepi² jalan yg sesuai dan tidak menggangu lalulintas..
serta memudahkan pembeli menyinggah..
untuk pengetahun semuo..kalau nak mohon lesen niaga mmg susah..
tapi kehendak penguatkuasa sendiri yg suruh memohon..
tapi bilo dah mohon dio tolak pulak permohonan kita..macamano?
dengan alasan kwsn tidak sesuai ..sedangkan den dah berbincang dgn JKKK dan penduduk setempat serta peniga..tak lupo tuan tanah..hehehh
tu baru  nak niago topi jln..kecil kecilan..
nak tak nak den buat surat rayuan dan terus ke pejabat bahagian perlesenan ..
punyo la takdo adab pengawai yg menyelaras..
kalau bangso lain sampai atas jln rayo pun dio buleh berniago..tak kono kacau..
den cerito yg terbaik dan dio bikin tinggi suara..
ni lah org melayu..bilo ckp marah pulak tu..bukan nak tlg bangso sendiri
patut la sampai skrg melayu masih mundur..

23 May, 2011

lambat kahwin serius....

Assalamualaikum : )
perghhh....pagi lagi dah hujan lebat...sejuk tulang temulang den..
dah tu belum sempat bersarapan lg..
kalau hari cuti mcm ni dah kompom tarik selimut sampai tgh hr...
tapi takpo..jap lagi berhenti la  kot..

pg ni sblm mulo kerja den mesti semak surat khabar dulu..tgk info terkini..
mano tau mlm td terlepas brita menarik plak...
mcm biaso lah,,selaras gaji minimum..JPA beku pengambilan hingga ogos,,
kemalangan,,,tanah runtuh,,,macam² lagi ado..
tapi den tertarik dengan tajuk kat atas ni je.."LAMBAT KAHWIN SERIUS"
den tak tahu lah apo sobab eh..
tak jumpo jodoh ko..tak cukup duit ko..mmg takut nak kahwin ko..
takut bebanan ko..
terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.
tetapi  LPPKN memandang serius isu atau tred ini kerana boleh mendatangkan implikasi kepada institusi kekeluargaan.
data terkini menunjukkan 30% wanita berumur antara 25 hingga 29 belum berkahwin berbanding 25% lelaki berumur antara 30 hingga 34 tahun masih bujang.
 bagi lelaki den tak heran sgt la kalau lambat kahwin pun..
dah bongkok nak sujud bumi pun masih ado yg kata hidung mancong lagi..ekekeke
kita tgk jo slebriti kita..ketua menteri sarawak,,penghibur kita..pengeluar produk kesihatan..
dan ramai lagi..tak heran lelaki dah berumur masih tak kahwin..misai tetap tebal dan hitam..heheh
Tetapi kalau wanita..den raso rugi bilo mereka tidak kahwin
sebab tidak menyambung keturunan,,tidak merasa nikmat kekeluargaan..
tak merasa nikmat menjadi ibu..hidup dlm tekanan ...
walaupun statistik menunjukkan lebih ramai wanita dari lelaki..
tidak bermakno tiado calon..lihat saja brp ramai lelaki yg nak cukupkan kouta..heheheh
itu terpulang laa..poket masing-masing..
bg den..mano-mano pasangan yg dah cukup syarat tu copek-copek la kahwin..
kalau tak cayo tanyo la mereka yg dah kawin..
mesti jawab" rugi o den kawin lambat" hehehehe.."kalau tau den kawin awal lagi"
tapi dengan cara yg di halalkan oleh islam..
perkara begini mmg serius..fikirlah..byk sgt implikasinya...

22 May, 2011

Memo kepada staf sekalian...

 Assalamualaikum.....
Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa mulai hari ini, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai saat ini juga kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai sekarang setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

p;s/: agak korang la..sesuai tak kalau den buat MEMO mcm ni bilo jadi bos nanti..?heheheh

18 May, 2011

perginya seorang blogger..

untuk penyampaian sesama kita ..SINI
Al-fatihah buat blogger
http://telordibasuh.blogspot.com/

15 May, 2011

DNA BABI dalam ramuan..

Assalamualaikum...
kembali ke penghulu segalo hari..
tapi raso rugi plak kojo hr ni...sebab esok da cuti lagi..
bertuah rakyat m'sia nih..cuti memanjang..
esok Wesak day..pandai- pandai la korang semuo mempergunakan cuti..
Alahai..ni apo cito lagi nih?
tak habis- habis pasal makan tercemar..baru yo entry lopeh cito psl sumber makanan recycle..
kali ni  cito lagi psl ramuan makanan pulak ado DNA BABI...hadoi..makin rosak anak islam akan dtg..
sobab sumber mkanan yg tak halal..
Sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri gagal mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan yang digunakan syarikat berkenaan.
saya tak tahu...

Menurut Portal Rasmi Halal Malaysia, DNA babi itu ditemui di dalam dua bahan ramuan iaitu Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder.
macamana syarikat Antarabangsa yg beribu pejabat di Kuala Lumpur ini boleh terlepas pandang oleh JAKIM dari membekal barangan yg digunakan oleh orang kita..?
Seperti yg kita sedia maklum..dalam islam...perlakuan anak² kecil yg sedang membesar adalah dari sumber makanan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.. 
jadi kito buleh lihat statistik kecelaruan tingkah laku anak² mudo sekarang..
anak² melayu mengungguli carta teratas... 
Tambahan satu lagi kes yg membabitkan penggunaan protein rambut dalam pembuatan roti dan pau..
bahan terlarang tersebut hanya diperolehi dari negara cina dan di pasarkan di m'sia..
 kita ni kalah apabila segala bahan keperluan dan penggunaan harian dimanapoli oleh bangsa lain..
jadi...nak taknak terpaksa kita beli..
kono la pandai memilih..
langkah kerajaan sedikit demi sedikit memperkenalkan barangan buatan malaysia dimata dunia skrg
 juga adalah langkah terbaik untuk membentuk semula bangsa kita..
Kadang- kadang ado jugo org melayu kito ni terlobih pandai..
konon nak menjadikan produk mereka lobih sodap..konon buatan malaysia ..tetapi tanpa sedar ia bole mendatangkan bahaya kepada diri dalam jangka masa panjang.
Hasil daripada maklumat, terdapat segelintir penjual grg pisang memasukkan pelastik dalam minyak panas untuk menambah kerangupan goreng pisang..
kepada org melayu kito..bijaklah memilih agar anak² kita tidak menjadi mangsa kecelaruan 
dan kejatuhan dalam pemikiran..
Jangan Biarkan Anak Anda Suka Menyondol...heheheh