Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

13 January, 2011

hati wanita terletak pada mulutnya..

Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai dan caci..
8 perkataan ni bole membuatkan wanita menjadi gerun.
selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram..
Orang lelaki akan tersenyum dan tersengeh saja.
Ternyata 8 pandangan negetif ini lambang keperibadian muslimah yg lemah akhlaknya..
cubo bayangkan kalau perkara² ini ado dlm diri saudari...Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot....jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia..
Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia..
berbalik pado hakikat, sememangnya wanita itu insan yg mudah lupo dan lalai..Ado masa² tertentu dan mungkin juga kerana keadaan keliling yg membuatkan wanita mempunyai salah satu ciri² berkenaan..
Tapi ingat lah,,,wanita yg solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 org lelaki yang soleh..

Memang payang untuk kito ni nak mengawal diri ...sedangkan ado sajo hal disekitar yg membolehkan seorang wanita itu rasa hendak marah, melenting hingga bercakap celupar..
sedang itu bknlah perangai sejati seseorang wanita, yang didalam hatinya ada iman dan yang ado dlm hatinya akhlak terpuji..
Namun ingatlah pesan org tuo,untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata² kebaikan...
dan untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan

Tidak dinafikan ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang lembut bersifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang..Wajah keibuan membuatkan lelaki rasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja...
Bak kata Ulama'.."HATI WANITA TERLETAK PADA MULUTNYA"...
Ado lagi kata pepatah.....untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari..dan untuk medapatkan badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan..
dengan bertambahnya usia, anda mestilah semakin mensyukuri bahawa kita telah diberi dua tangan...
satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain..
Kepada wanita² yang taat akan suaminya selalulah ingat; semua ikan² dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan dia tidak lupa menjaga sembahyang dan puasanya...
semoga di rahmati...

19 comments:

noa said...

aku dh tgk cermin tadi, mane ade hati pun kat mulut aku ni

aku gurau je ar~peace v~

akan ku ingat pesan mu itu

Anonymous said...

bes, ati lelaki terletak kat ne? rasanya ramai lelaki yang bercakap tak pandang kiri kanan... bahasanya pon aduhai...

tq kerana mengingatkan kami para wanita yang selalu menurut emosi ni

Anonymous said...

aa..setuju! hati lelaki kat mne plak eh?

apek poyo said...

huhu..pandai la cari hati laki kek mano..yg den buat n3 tu sekadar bicara sri diah..huhuhu
ingat mengingati sesama kita kan amalan baik..

azieda razak said...

1st time baca artikel ni... tak penah tau pun... seyes..

Nana S. said...

asyik cakap pasal wanita je. lelaki apa cerita? haaa. :P

apek poyo said...

takpo..nanti den buat n3 apo buruk eh lelaki nih...jgn tak komen sampai lobam dah..ekekekke

apek poyo said...

tapi den raso n3 ni tak memburukkan wanita pun ......cumo kelebihan untuk wanita raso eh...
huhuhu

Unknown said...

boto atok setuju bonar tu...kredit limo bintang..hihi

Illiana Hidayah said...

hohoho...
setuju dengan entry ni..

p/s : sudah follow blog woghihden~

Cik Raksasa said...

baiklah encik apek....

susu said...

nk jd solehah

Unknown said...

Kalau hati wanita terletak pada mulutnya..hati lelaki terletak dimana pula?
:)

cintatehO said...

thanks..N3 ni menarik bg aku. mengingatkan benda2 yg kite lupe atau x prasan. tol ke lelaki ske pompuan lembut, sifat keibuan??..lelaki skrg ske pompuan seksi, cntk luaran yg dipandang dlu, gedik skit mesti laku..hampeh je...smoga aku trgolong wanita solehah..aminn. apik poyo tlg aminkan skali...huhu

nur farahin binti sulaiman said...

hehehe.. bagos la entry kali nie..
farah sokong sgt2...=)

apek poyo said...

den aminkan pado semuo wanita muslimah yg berjiwa murni..ekekkekek

Faa Maryanne said...

semoga menjadi wanita yang solehah, amin, thanks kerana mengingati, ;)

bjay69 said...

aku rasa kena tambah satu lagi..

CURANG

bella said...

beri motivasi gak entri ni malam2 cenggini. em btw apek duk no area n9 tuh??