Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

31 October, 2010

Remaja Malaysia Bosan...

Belian di negara kito ni bkn sajo merupakan kelompok terbesar malah mereka juga merupakan penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi, sosial dan politik negara....
mengikut statistik penduduk negara, jumlah golongan ynag berumur antara 15 hingga 40 tahun adalah seramai 11.2 juta..ia mewakili 41 peratus rakyat malaysia iaitu 27.2 juta orng...(statistik 2008).
mereka ini merupakan tonggak utama yang akan menentukan kejayaan atau menggagalkan perancangan dasar begara ini walaupun meraka bukan di tahap pemimpin tertinggi..
Begitu pun, menurut kaji selidik sebuah komuniti tempatan mendapati majoriti remaja negara ini bosan dengan kehidupan mereka..Kehidupan mereka dikatakan terlalu biasa sehingga mendorong kepada rasa bosan yang melampau....Menerusi kaji selidik itu juga mendapati,, responden cenderung menyalahkan pihak lain sebagai faktor yang mempengaruhi keseronokan atau kebosanan mereka. Ini dapat di buktikan apabila 57 peratus responden tidak berpuas hati dengan Pensyarah atau majikan, 29 peratus tidak puas hati dengan ibu bapa manakala 67 peratus lagi tidak berpuas hati dengan diri sendiri...Ini semua mendorong kepada gejala 
1.remaja lari rumah..
2.buat perkara tanpa memikir masalah berlaku...
3.Gejala  dadah....
Dan pelbagai lagi masalah yg telah berlaku sekarang..
turut mendapati hasil kajian , kali terakhir mereka berasa seronok ialah ketika sambutan ulang tahun dan meraikan hari istimewa lain...

Apek kata:/ itu lah zaman sekarang..dah terlalu byk sgt teknologi...jadi golongan ini sampai lupa asal usul mereka..bygkan masa zaman mak bapak kito...mereka tak ponah bosan dgn hidup mereka..segala benda mereka bole lakukan walaupun tanpa teknnologi yang canggih..memancing, konda kondi, pondok-pondok, main gasing,, layang² dan byk lagi...main la sampai senja..balik kompom kena rotan...ekekkeek..tapi takpo...alah bisa tegal biasa. Remaja sekarang ,disebabkan mereka di besarkan degan teknologi la mereka ini menjadi terlalu bosan.. sanggup melawan ibubapa..pensyarah..kalau zaman mak bapak kito dulu ,blk sekulah cuba ngadu cikgu rotan kek omak...kompom kono rotan balik ado laa...sbb itulah yang mengajar erti kito kehidupan..
Perbezaan yang ketara pada remaja skrg dengan laptop..handphone..i phone..karaoke dan byk lagi...tapi mereka masih lagi dalm keadaan bosan..
Apa pun ia mendorong kepada kemajuan negara dan dunia...hehehheh

28 October, 2010

Satu kali panggilan ,,hutang berganda..

Kisah petikan akhbar...
Mangsa dikenali  berusia 40-an berkata, pada awalnya dia meminjam RM6,000 daripada along selepas mengalami masalah kewangan pertengahan tahun lalu.

Katanya, along berkenaan menetapkan syarat dia perlu membayar 10 peratus sebagai bunga sekiranya gagal melunaskan bayaran pada masa ditetapkan.
“Disebabkan masalah kewangan, saya lewat membayar pinjaman selama beberapa bulan. Tidak lama selepas itu, saya dihubungi seorang lelaki menawarkan pinjaman mudah.
“Tanpa memikirkan risiko, saya menerima tawaran pinjaman itu dengan niat mahu melangsaikan hutang terdahulu. Sekali lagi saya gagal membayar hutang dan kali ini seorang lagi lelaki menghubungi saya menawarkan pinjaman serupa,” katanya.
Katanya, selepas beberapa bulan, dia membayar RM13,000 menerusi dua transaksi, namun apa yang mengejutkannya, dia dimaklumkan jumlah perlu dibayar kepada along berkenaan mencecah RM85,000.

bayangkan lah jika pinjaman yg dibuat tu terus kepada RM 85k..dah tentu bole buka perniagaan yang lengkap...
tapi sekarang, mangsa mengalami kerugian berlipat kali ganda dengan hanya 1 panggilan dan pinjaman yang kecil..serta menanggung malu..

Haaa...ni baru cerita..
tetiba je ada mana punya amoi masuk opis bg pamplet ni..
ni suma kaki a'long la nih..
ayat tak kesian..manis umpama madu 3..cisssss
siap bole overlap lg..
sapa yang rasa nak kena lap nanti bole la..hahaha


p/s: sesusah mana pun kita..jgn buat pinjaman ngan A'LONG..
pinjam la ngan angah ke..alang ke..hehehe

Renungan bersama...

" Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kapalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat lengannya untuk dilindungi, juga dekat dengan hatinya untuk dicintainya"....

 Anda semua pasti pernah dengar atau terbaca ayat mcm ni kan?
agak² kat mana selalunya tertulis...?
heheheh..semestinya lah kat kad jemputan perkahwinan kan..
punyalah manis ayat yang diambil dan di petik dari hadis(sabda rasulullah s.a.w)
tapi itu semua hanya sekadar tatapan sementara pada jemputan ...
Sedangkan pasangan pengantin sendiri tidak sedar dan membaca ayat tersebut..

tetapi yang berlaku hanya ketika masa berkasih, bercinta, bersayang...dan lain²
huhuhuhu..
lihat lah zaman sekarang apa yang berlaku..
ditendang,dicekik,ditampar dan ...malas nak sebut ...akhir sekali bunuh..
itu kah yang perlu mereka dapat?
lihat sahaja industri hiburan tanahair kita..
perpisahan telah menjadi satu trend plak..umpama mencari publisiti..
tapi hakikatnya...

Mesti diaorang buat kad jemputan tak tulis ayat mcm diatas dan kalau tulis pun...mereka tak baca...
hahhaahah...
Ingat lah sesama kita..
berpasangan adalah untuk pelengkap kehidupan 
untuk menjadi lebih baik..
bukan untuk penyedap.

P/s: fikirkan lah yang tehasil nanti..kemana hala tuju mereka..kerana mereka penyambung yang akan mendoakan kita.


Jalan- jalan naik kereta BMW...

Wahhh....merasa gak naik keta mewah hari ni..
tp maaf lah..bkn sy punya..huhu
sebenarnya hari ni ada kerja skit..iaitu jln² cr kerja...
 sebab sebelum harinya bos besar dah jln² dan nampak byk kerosakan pada papan tanda projek pembangunan..
so...hari ini sy la yang kena pegi untuk memastikan kesahihannya..
kemudian panggil org yang septutnya untuk dibaiki..
jadi kul 9 pg sampai la org tersebut untuk sy bawa ketempat lokasi kejadian..
bkn byk pun ..3 tempat...tp dia punya pusing...satu malaysia. 
tp takpe..BMW punya pasal..
siap ambil gambar dan tunjuk tempat...kami pun blk
lah....sng nye keje hr nih..huhuu
tapi tokey cina ni sempoi...dah tua tapi jiwa muda..
ingat balik ada la belanja mnm..hampeh..dia dah bawa awek lain..
melopeh...


P/s: buat kerja mesti ikhlas

23 October, 2010

tahukah anda?...

Nepal adalah satu- satunya negara yang benderanya
tidak berbentuk empat segi.

Mel Blanc yang mengalih suara
untuk kartun bugs bunny adalah individu yang alah kepada 
lobak....apa daaa!!!

Buah anggur adalah kacukan antara buah
pamelo dan buah oren..ekeekkek

Tahukah anda..?kelapa adalah benih yang terbesar
sekali di dunia..

Saiz mata kita adalah sama sejak 
dari kita lahir lagi..


Haaaa..yang ni baru betul menjolok mata....ekekekke

Tahukah anda bahawa orang yang buta sejak dari lahir lagi 
bermimpi dengan menggunakan deria rasa mereka
(sentuhan, bau dan bunyi)

18 October, 2010

Di Sebalik Nama...

BMX Jenama Basikal Terkenal...

BICYCLE Motorcross (BMX) merupakan jenama terkenal dlm sukan lumba basikal lasak. Ia direka dengan bentuk tunggangan tahan lasak.
Sejarah kemunculan BMX bermula sekitar awal 1970-an.Ketika itu golongan remaja di selatan carlifornia, Amerika Syarikat begitu teruja dengan aktiviti lumba basikal di kawasan trek yang kotor dan berlumpur dimana aktiviti lasak tersebut adalahinspirasi daripada aktiviti lumba motor yang dikenali sebagai 'motorcross'.
sehingga sekitar 1979, aktiviti lumba basikal lasak dan aktiviti tunggang basikal bebas merupakan aktiviti paling popular..
Rentetan daripada fenomena itu, sebuah badan pengurusan pertama,American Freestyle Assosiation(AFA) ditubuhkan oleh Bob Morales pada 1982. Organisasi ini ditubuhkan untuk menguruskan semua aktiviti yang dilakukan kumpulan yang diberi nama'Freestyle BMX'..Dari 1981 hingga 1988 , sukan ini berada dikemuncak.


Sukan ini berkembang dengan model basikal yang baru dan dikeluarkan sepanjang masa, serta kompenan baru dan aksesori yang dirancang untuk tunggangan gaya bebas..

17 October, 2010

sekadar makluman...

Perghhhh..kesiann
tak taulah..mungkin masa kecik dulu takdo peluang nak bergayut.
apo pun jgn biarkan diri anda di pengaruhi asal usul kejadian manusia..
waahahaaha.!!!!
Ni lah org tua² kata..ukur baju badan sendiri..
Agak² lah...kalau ye pun nak lepas gian..cari lah yang sepadan..
ini bole jatuh maruah ni...
"kalah malu...monang pun malu"

Jangan melampaui undang²...lagi pun kalau lah motor tu bole bersuara..
minta ampun dia kot..ekekeek
apo punsekadar hiburan

conteng /: Nilai lah diri dgn pandangan yang betul

senyum lah...



16 October, 2010

Hari cuti yang tak ketahuan.....blurr

huh...hari sabtu..dah la cuaca paneh..duit pun koring...nak jln kemano pun tak tau..
nak duk rumah takdo cito lak..
apo lah tv ni..bagi la siaran wayang...kan best lepak kek umah tgk tv..
sambil gereng cekodok..ekkkekekek
ermmm..kata nak g zoo melako..minggu lopeh dah g...
sambil tgk kwn kehausan sambil meneguk air.
btl org kata dah nak akhir zaman..cuaca pun pns jee
  tgk je la cimpanzi,,punya la haus..siap layan air 100 plus  tuu..
kebetulan masa lawatan waktu tghr..kesian
 yang seekor ni pun kecian..nak minta air la tu..heheheh

 nak pergi ke sini pun tak bole dah..dah tak buka..sbb tak bayar sewa..so tempat ni ditutup sehingga buka akuan yg baru..hehehhehe
masa g ni pun masa hujung tahun lps...bayk rugi pelancongan Melaka..

Jadi..kesudahannya lepak juga kat umah.....krohhhhh

 baik punya layan.....

14 October, 2010

safe budget...hahahhahha

Pehh..hari ni den kuar g saite ngan pegawai baru...sajo melawat kawasan jajahan..hehehehe
cuaca lak sejak dua menjak ni panas berbahang je..kira tambah la gelap sikit hari nih
tapi takpo..den dah lamo tak berjemur ni..hahhaa
Biaso lah kalau dah kuar dari pejabat ni mula lah..
kuar cite baik tentang org tu org ni..ekekekek
bkn mengumpat eh..soal selidik...
pot..pet..pot pett..setengah jam sampai lokasi jajahan..
mula la jari gatal amik pic..ntah apa den ambil ..den pun tak tau..
Lopeh dah selosai sumo..apo lagi jln balk la plak...
dah sambil blk pun sompek tangan den ni gatal nak amik gambar org..adehhhhh..
Den ingat kan mat rempit je yang safe budget..rupanya abg polis ni pun sama..
dah tu kompom sampai pejabat ,,kaki kwn dia  ni kejang habis..
gilo apa..kalau yg tolak tu motor sama saiz takpe gak..ni motor kecik tolak motor besar..
mendapat kawan dio tu..haahhahaha
gatal tangan:/ lain kali isi la minyak ponoh..harap motor je bosar...

13 October, 2010

haaaa...amik skit

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke

kampung.... abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..

sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..

sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3

bulan yang lalu dah masuk 3 malam...

abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang

letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari

harga kereta abang?


tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak

berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli

kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga

maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa

abang kata ayang tak sedar diri


kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada


kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak

macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak


paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek

depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama

sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


love,

ayang







Dear Ayang,


bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham

keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..


ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..


cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..

abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...


lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..

nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam

doremon..ish xnak laa abang..


pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah

dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..


sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..


bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...


pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..

nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma

jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..


kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan

apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun


jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang


love,

abang





Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...

Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....



Itulah namanya Cinta...

11 October, 2010

macam- macam perangai ado...

huhuhu...kongsi cikit cerita lawatan ke pusat tahanan haiwan,,,(zoo)...ekekek
dah lamo gak den tak poie zoo nih...
lupo lak nak lawat kwn² seangkatan...wakakkaaka..cissss..
dah la bangun lewat skit..
jadi g melawat pun lambat la skit..dekat kul 12.30 gak lah sampai..
perghhh..ada perubahan sikit laa..
kawan yg dulu tak mandi pun dah mandi skit laa..ekeekekek...ado bangunan baru untuk kwn²..mungkin rumah kos rendah kot..AKAkAKaKAka
Macam biasa lah..masuk je mesti amik pic kat mercu selamat dtg dulu...mcm dah trend la kalau pegi mana² pun.
mula la mcm² gaya ada nak ambil gambar punya pasal..yang penting bergaya..wahh
tgk la tu..poyo hbs..tak sah kalau tak ambil..

ok la..dah puas amik gambar..bermula la peringkat jalan² tgk member...hahahaha
lopeh satu..satu den singgah..sekali apa daaaa..masing² tengah tido dan berehat daa..apo tak eh wak tu tgh hari g melawat..mmg la waktu rehat..
tapi ado la sikt yg den dapek ambil gambar eh.

Alahai..kocik je lombu ni..siap leh pogang lagi...dari jauh laa..akakaak
kalau dari dekat dah tontu kono tanduk punyo...apo pun body dio masih tak berubah sasa macam den ni haa...hahaha perasan plak
Ni lah ladang ternakan rusa sy..ni sapa nak oder buat korban raya haji dah boleh dah ni..

akhirnya sampai gak kat tempat kawan kita ni..kesian ..sejak dua menjak ni..asyik menung je..apo yang dio monung tak tau lah..dan sambil itu kwn dia plak buang tebiat...
ado ikan ko dia pancing tu..hahahahah

masa untuk cabaran....

haaaa.....ini lah aktiviti hujung mggu budak² kat kg den...takdo kojo lain..masuk dan redah hutan..
bagi sesapo yang berminat tunjuk bakat meredah hutan,bole la join diorg ni kat area N9.
Aktiviti ni diorg buat setiap hujung mggu ..
agak eh diorg ni lopeh gian kot.
sobab zaman sekulah dulu asyik kena rotan je kalau balik baju kotor main basikal..
dah bosar nih bole la..
paling tidak pun kono marah ngan bini yo..hahaah
lagi pun diorg ni tgh kumpul kengkawan baru dr pelosok negeri untuk meriahkan lg aktiviti..
kalau nak ikutkan masih byk lg hutan kek N9 tu yg bolum di teroka..
ok lah..cito byk takdo..kalau rajin nak join..jom
call adi jhon:0133388892
 

10 October, 2010

perghhh...geram den....

Assalamualaikum...
maaf lah  ni bukan mengata..tapi realiti...
kalau semua tak pecaya duklah dlm mana² syarikat atau bdn kerajaan pun...mesti ada masalah ngan pemandu..tak semua..tapi segelintir.
Ini sama lah mcm saya alami di tempat kerja ...pemandu lagak macam timbalan pengarah..pening satu pejabat melayan karenah dia..
dah la tu..pengarah pun bole ikut ckp dia..sah dah kena menderem...wakakakakak
realiti eh....
bayangkan segala apa yang dia buat kat opis di persetujui oleh pengarah..
Apo korang nak ckp lg???..dari bondo yang kocik sampai lah yang bosar..
tak payah la lawan ,,buang maso yo..mosti kalah..
   Lagi satu bkn nak mengato..tapi realiti..Agak korang laaa...berapo harga baju yang di pakai oleh pemandu..tak kiro lah pemandu peribadi ko..apo ko..janji pemandu..
mesti lebih kurang bawah RM 100 la kan..sbb dio tau nilai diri dio...
tapi kek tompek den nih...baju dio tompah jo dah cocah sampai RM 600..mak aih..ngalah kan PM.,.Ketua menteri, Timbalan menteri,,,,pehhhhh
korang bayangkan laa pemandu pakai "brucejacket"...
Memang la org panggil orang  kanan...sobab kebanyakan kereta malaysia ni pemanduan sebolah kanan..heheehhehe..
tapi agak² la...
Hari tu ado la buat jamuan rayo sikit kek opis..segala kad jemputan telah di hantar pada ketua² pegawai..termasuk kakitangan sendiri..
yang si pemandu ni plak buta huruf..tak reti baca..
sampai habis majlis ..sikit pun dio tak jamah..punyo dio marah kek ketua unit pentadbiran...ekekekek
dio koba den tak di jomput..yang lawaknye..dio tu sapo?nak jomput guna kad plak
kojo pun dah tontu kek situ..buat apo nak surat²..bkn tau baco pun..dan program tu telah dirancang sebulan ..semua kakitangan tau..
haduihh..poning ..
Ini lah realiti kehidupan.."hidup tak konang dek untung,,nilai diri tak ponah di ukur"..
samo² lah korang nilaikan...

 

meh...pilih²




Wah...cantik berkilat..
ok lah...bagi sesapo yang berkenan dan minat dengan barangan ni ..boleh boli sobab harganya pun berpatutan.
bagi suami² yang sayangkan isteri mereka buleh lah boli satu..tak habis pun RM100..huhuhu..kalau ado duit yang lobih pulak boleh la boli kek habib juwels...
tapi kat sini habib jual je..mampu milik..

06 October, 2010

Assalamualaikum....

GREEN BEAN SOY DRINK

Haaa..tau tak air apo tu?..air soya lah kan..mesti semua org ponah minum..
apa kata anda?
sodap?..huhuhuhu..memang sedap..
hari ini sambil bersembang di kedai makan, ada pulak yang bercerita pasal minuman ni..\pehh seram kejap..
Ok lah...nak bagi tau info sikit..
minuman ni adalah keluaran Yeo Hiap Seng(YHS),,pengeluar yang paling famous kat malaysia n singapura..
Ia merupakan keluaran yang terbaru YHS...Sedap kot..
Tapi nanti dulu ..Cuba baca kandungan dia dulu
(E471)..is drived from pig.
Alamak !! mesti korang dah mnm kenyang kan...
Apotah lagi minuman ni pun di buat dari negara yang mmg  tersohor dgn penggunaan melamine dlm susu..
 Apo pun , bagi sesapo yang teringin nak minum tu...rajin² la baco kandungan eh..
tak baik bondo haram masuk dalam badan kito umat islam nih..
dan jagan lupo plak bagi info kat anak↓3 kita yang kurang arif tu..huhuhu




lagi 1 ...JANGAN MINUM 'FANTA APPLE' -kandungan (E211,E224)

04 October, 2010

huhhhhhhh....

Pehh..hari ni rasa letih skit ..sbb smlm ada jamuan hari rayo...
bkn apo..cuaca paneh sgt...terasao mcm blm poso..
pehh!!! kono plak balun kambing panggang..lg la paneh
tapi ado ubat eh....CENDOL...baik punyaoo.
kalau nak ikut kan smlm sumo den nak bodal..tapi memandangkan tangki den ni kocik yo...cukup setakat yang buleh jo lahhhh..nak amik gambar pun tak sompek..kalau tak buleh kongsi samo²..
Apo pun kalau Jln² poie melako..jangan lupo singgah cari gerai cendol..tambahan pulak kalau paneh..
ado pekej family...ekekkek