Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

30 March, 2011

salam khamis,..
memandangkan cuaco hr ni hujan..alhamdulillah la..
sbb dah berapa hr ni paneh yo..tidor mlm pun berpeluh..
tp smlm den lansung tak buleh tido..perut menggelodak mcm nak muntah..
kadang cuaco mcm ni buleh mendatangkan penyakit..
dan samo mcm den hari ni br ado tenaga nak buat kojo sikit..
kalau tak.. dah 2 hari ni den terkono sindrom lari berganti dengan no giliran..ekekek
ni merupokan penyakit yg plaing korang tak nak punyo..
den pun tak tau kono mcm mano..
'masuk ni dah 7 kali den chek in'.haha
sobab hr selasa hr tu ado ado program di titi jelebu .n9...
bilo blk dr sana ,,mcm² dpt..sakit kepalo,,sakit perut..
start hari tu den sentiasa mengunjung bilik termenung..sampai air dlm bdn dah kurang..
takut den masuk wad..azab oooo masuk air..
cepat² den boli stok 100 plus ...eekekkek
den raso ado jugak btl nya kata doktor..penyakit ni berjangkit..
hujung mggu lopeh den berkunjung ke hospital..
ramai tul bebudak kecik kena sindrom nih..muntah..cirit..demam..
yg buat lawatan sambil bawa anak pun bole kena bila balik umah..
yang paling risau dah tontu mak bapak eh...budak kocik lah katokan..
kalau org bosar bole yo bercakap..ni budak kocik..nangis yo lah..
kesian!!
addehhh!!! ado lagi kesan sikit² nih..ekekekek

28 March, 2011

5 tanda kamu akan berhenti kerja...!!!

assalamualaikum..
pasti ramai kan yg sudah berkerja dan mempunyai kerjaya sendiri..
tapi berapa ramaikah yg sesuai dengan pekerjaan mereka?
pasti ada yg merasa diri mereka tidak dihargai..atau tidak disukai.
ataupun diri sendiri yg mengundang masalah di tempat kerja...
okeyhh!!! mari kita lihat tanda² yg kamu akan berhenti dari kerja tersebut...
1. Sering berfantasi buruk
    Bukan hanya sindrom 'I hante monday' yang bole memburukkan keadaan, sebaliknya sekiranya kamu sering membayangkan perkara-perkara yang negatif juga bole merosakkan prestasi kamu di pejabat.
2. Merasa tidak disukai
    Kamu sering merasakan diri kamu tidak disukai dan sering di persalahkan apabila terdapat sebarang kesilapan yg kamu lakukan.bahkan, kamu juga turut merasakan kamu tidak pandai mengambil hati ketua seperti mana yang dibuat oleh rakan² sepejabat.
3. Kepercayaan diri mula pudar
    Perlahan tapi memang pasti! kamu mudah merasa kecil hati dan tidak berperasaan apabila setiap idea yg kamu berikan selalu ditolak. Jadi, sudah sampai masanya kamu bertukar kerja selagi kemampuan diri kamu masih berbaki.
4. Tak punya masa terluang
    Kamu mula merasakan diri kamu tidak mempunyai masa terluang untuk diri, keluarga,dan rehat. dengan beban kerja yg semakin byk membuatkan kamu sering tertekan dan bosan. Paling memilukan apabila pengorbanan yg dibuat tidak mendapat perhatian dari ketua..Sadissss!!!
5. Merasa tidak popular
    Rakan sekerja dan ketua sering kali mengetepikan kamu! jangan berhenti mengharap, sebaliknya berbincang dan utarakan pendapat itu.

Last sekali jadi bahan ...gelak,ejek,mengutuk...
baik lu benti je laa!!!!

25 March, 2011

Apo kah situasi hospital sebenar?

Assalamualaikum..
dah minum..dah makan..dah mandi..apo lagi?
hari ni rehat diri..sbb bengang masih ado lagi..kenapo nak mcm ni?
cerito hospital lagi..kena dah berapa kali..
masih tak ada perubahan lagi..mungkinkah realiti atau pun fantasi..
mengapa perlu tunggu sampai org dah nak mati?
tu pun kena beratur ambil no giliran lagi?

pernahkah waris den  semuo ni pergi ke hospital untuk menerima rawatan?
pernah tak waris den ni sampai dan tidak perlu menunggu sehingga berjanggut?..pernah?
mungkin ado yg suka situasi begini..dan mungkin ado yg merungut.
bermuncung sehingga panjang berjela..
muka dah mcm ayam tertelan guli..
itu lah situasi yg perlu mereka lalui..hehehe...
den tgk doktor bole goyang kaki lagi...
missi plak sibuk kiri kanan berlari..ado yang berborak..ado yg goli hati
melihat gelagat pesakit menjerit sendiri..menahan sakit tak terperi..
diorang ni tak tau ko sakit,?ni bukan sakit hati..

pernah  den tolong hantar org kemalangan..
tangan patah darah mencurah...
sampai di hospitah kena mendaftar..
kemudian saringan pertama..10 minit
'sipolan bin sipolan'...setelah beratur panjang..
selesai..tunggu lagi menggunakan no giliran..nah!!! 20 org lagi..
darah tak berhenti..balut sementara darah berhenti.
muka dah pucat lesi..nak tunggu doktor cek lagi..
setelah 1 jam br giliran sampai..doktor cek mcm tgn anak patung..muka selamba..den dah ngilu ngeeee..tgk mcm tulang keluar..darah memancut..
balut lg..mcm bungkus nasi lemak...
'ok !!kena x-ray dulu'..tunggu x-ray plak..ermmm..kono lg..
peasakit 2 org je..tp kena tunggu 40minit..
nasib la mak bapak waris tu dtg..take over ok!
bayangkan dari jam 6ptg hingga 9 mlm masih blm selesai..
terlopeh solat den..lps pada tu den tak tau apo jd..
tu bolum tunggu nak masuk wad lg..kompom setengah jam punyo nak tunggu..
kenapa perlu sampai begini..?bkn kah itu emergency?
ado jugak yg den pernah dgr org yg tgh sakit di tengking dan dimarah..
patut ko? mano lotak hati mereka ?
sepatutnya org yg sakit ini perlu di layan dengan sebaik mungkin..
kerana mereka akan berterima kasih sebab menyelamatkan mereka..
ini lah yg akan korang lalui kalau ke hospital..
huhuhu..

p/s: tak bole nak salah kan sesiapa pun..itulah situasinya..hehehe

7 ciri lelaki yang harus dijauhi

Assalamualaikum..salam JUMAAT..
cuaca makin panas...tanda² dah dekat kot..eekekekk
dekat apo agak eh?
Zaman sekarang pelbagai cabaran dan dugaan..
tidak kira samaada lelaki atau wanita..baik atau buruk..
mahu ataupun  tidak..
kali ini den nak binkas sedikit ciri² lelaki yg buat wanita a.k.a perempuan tidak suka..
menyampah!! hampeh!!
dari apo pandangan den lah...ni yg biasa si wanita tidak suka..
jom kito layannn..zasss!!!!!

1. TIDAK BERDUIT
     Lelaki begini seringkali dijauhi perempuan, ini kerana bagi mereka lelaki tidak berduit ni tidak mampu memenuhi kehendak metarial mereka. Selain tu , perempuan zaman sekarang lebih mementingkan harta untuk kesenangan bersama.Mungkin pendapat ini ada buruk dan baiknya.
2. SENANG DIRAMALKAN
    Lelaki yg terlalu mengikut peraturan tidak akan dipilih menjadi kekaksih. Ini kerana perempuan cepat bosan dengan perangai lelaki yang sama dan tidak mahu menerima pandangan atau perubahan.Kebanyakan wanita lebih suka kejutan mahu pun pembaharuan dlm sesuatu perhubungan.
3. SOMBONG DAN ANGKUH
    Wanita juga sama seperti lelaki yg tidak suka dengan pasangan yg bongkak,sombong,ego, berlagak..selain itu , perangai lelaki yg sukar mengakui kesalahan diri sendiri dan suka menunding jari kepad aorg lain juga sgt dibenci oleh perempuan.
4. TIDAK SOPAN
    Pastikan ia tidak tergolong dalam kategori lelaki yang tidak tahu  adat, tidak bersopan mahupun tidak tahu menghormati org lain..Jangan jadikan alasan kedudukan dan status untuk kamu berkelakuan demikian.
5. LELAKI MURAHAN
   Jangan jadi lelaki yg murah denga cinta. Walaupun kamu selalau menjadi perhatian perempuan dan selalu bertukar- tukar pasangan..sebenarnya tindakan ini akan memberi gelaran buruk kepada diri sendiri.
6. SUKA MEMBANTAH
   Elakkan daripada sikap suka membantah serta tidak suka dengan pandangan org lain. Jangan berlagak terlalu bagus kerana ada orang lain lagi bagus daripada diri kamu.Perempuan memang tidak sukakan lelaki yang selalu berlagak pandai.
7. SUKA MENYIBUK
   Jangan menyibuk fasal org lain terutama melibatkan perempuan yg baru kenali. Walaupun tindakan kamu memberi nasihat pada gadis yg baru kamu kenali daripad amelakukan perkara yg tidak elok adalah satu perkara yg baik, namun itu adalah tindakan yg tidak betul pada masanya. Si dia mempunyai hak peribadi untuk melakukan apa sahaja seperti merokok mahupun keluar dgn lelaki lain..

p/s: bagi wanita..kalau ado apo tambahan lagi..bole la kongsi..
manolah tau kan..bole menyedapkan hati dan perasaan yg terpendam..heheh

21 March, 2011

salam pagi,, salam ceria..kepada blogger²
hr ni raso mcm suram je  kat melako nih..mungkin nak hujan kot..
takpo...dalam suram ada hikmatnyo...
apo lg kalau bukan perut lapar..ekkekek
hr ni den nak bg sikit resepi ringkas dan berkhasiat..
bg yg terlampau rajin tahap gaban tu buleh la cubo..
SAYUR BAYAM GORENG TEPUNG..
1. ok ..memulo sekali cari lah sayur bayam dan pilih la daun yg lawa² sikit..bkn apo..sonang nak goreng nanti.
2. kemudian tepung gandum yg telah dibancuh cair..supaya mudah nak celup daun bayam.
jangan lupo buh garam sikit..kalau nak buh perisa lain tu terpulang laa.
3. haaa...mcm ni la..celup supaya tepung rata tepung pada daun..
4. apo lagi..campak la dlm kuali ..hahhaa..masukkan la elok²..kang tak psl² melecur plak muko makcik²..aweks² nanti..bayam tak masak..muko yg masak..hahahaha..
5. ni lah hasil yg dpt..boleh buat byk² dan bawa ke tempat kerja..belanja kengkawan..
tak lah mahal sgt..ekekek
nak tahan lama simpan dlm bekas kedap udara..

ok kan..sihat dapat..diet pun dapat..
camno raso eh?? den buleh jd cheff tak?
hehehehe..

UNDIAN ANDA DIPERLUKAN..
taip undi<jarak>hantar ke<APEK POYO>
dapat bayam percuma!!
hahahahah

20 March, 2011

7 Sahabat mesti dicari..

Memiliki sahabat yg 'sekepala'pasti menyeronokkan.
namun ia bkn bererti kamu tidak bole berkawan dengan org lain..
Gunakan peluang yang ada untuk mencari lebih ramia kenalan dari masa ke semasa.
Jangan biarkan kesunyian dan kekosongan terus membebani emosi kamu..
Dampingilah  jenis sahabat yang bole membantu menceriakan hari² kamu...
Chek it out guys!!
1) Sahabat senasib
       Memiliki nasib yg sama dgn kamu..contohnya: memiliki perasaan sama dengan kamu seperti jatuh cinta dengan kekasih org..sahabat begini tidak akan menikam kamu dari belakang.malah dia juga tidak mungkin akan mengumpat atau mengata perihal kamu di belakang..
2) Tutor
      Dia boleh mengajar kamu sesuatu., malah sahabat juga bole mengajar sesiapa sahaja dengan sabar.
kamu berpeluang mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan dari sahabat begini..kamu boleh turut sama menguasai kepakaran yang dimilikinya itu keranan is sahabat sudi berkongsi apa sahaja ilmu pengetahuan yg ada pada nya.
3) Kaki jalan
     Ajukan sahaja pertanyaan destinasi² menarik yg ada disetiap pelosok tempat, pasti sisahabat ini ada jawapannya. sememangnya kamu  tahu di adalah 'kaki jalan'.malah sahabat ini juga sudi membawa kamu kemana² destinasi menarik yg dikunjunginya itu bersama². Jadi kehidupan kamu akan berubah menjadi lebih ceria dan menyeronokkan kerana waktu yg terluang akan diisi dengan aktiviti berjalan-jalan.
4) Si Penasihat 
     Mungkin si sahabat bkn dari jenis individu yg suka bersosial tetapi sememangnya dia terkenal di kalangan rakan² yg lain bahawa dia adalah tempat paling tepat untuk sesiapa sahaja meluahkan perasaan. Sahabat yg sedia mendengar apa jua masalah yg kamu hadapi malah tidak pernah lokek dengan nasihat dan pandangan.
5) Kaki kejutan
    Selalu memiliki idea gila-gila yg menyeronokkan. Sahabat juga sentiasa berusahamenggembirakan kamu dengan ide² beraninya.Adakalanya ideanya itu agak memeranjatkan kamu.kamu tidak pernah bosan bila berdamping dengan sahabat sebgini.malahan boleh dijadikan rakan kongsi sejati sekirannya kamu ingan melakukan sesuatu yg nakal buat menghiburkan diri..
6) Sahabat, Tapi mesra
    kamu dan sahabat tak ubah seperti pasangan kekasih. sahabat rela dirinya dijadikan tempat meluahkan perasaan tapi sedikit pun tidak pernah menutur agar kamu sentiasa sedia buat dirinya.Adakalanya kamu merasakan kehadiran sahabat lebih bermakna dari kehadiran seorang kekasih.mungkin bersama kekasih kamu asyik berperang, tetapi apabila berdamping dengan si sahabat ini kamu akan merasa lebih aman.
7) Sahabat Sosial
    Memiliki hobi dan aktiviti yg sama. Malah sahabat ini juga bergabung dalam satu kelompok yg sama dengan kamu. Contohnya: sahabat dan kamu gemar menyertai aktiviti sosial yg positif seperti gotong royong untuk rumah anak² yatim dan sebagai nya..kegiata kamu itu akan berlansung dalam susasana yg lebih menyeronokkan kerana kamu miliki teman berbual..

16 March, 2011

Ingatan Allah terhadap manusia ingkar

Renungan sikit hari nih....
kito semuo pun tau skrg nih banyak berlaku bencana alam..peperangan...pembunuhan..salah laku.
pertelingkahan, maksiat berleluasa
dan macam² lagi lah..
antaranya bencana alam yg berlaku baru ini di JEPUN
bolehkan ia dikatakan AMARAN dari Allah.
apa pengajaran yg bole diambil iktibar?
dalam al-quran surah al-anfal,ayat 25 ada menyebut'dan peliharalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja menimpa org yg zalim dalam kalangan kamu secara khusus,tetapi akan menimpa kamu secara umumketahuilah Allah Maha Berat Azabnya'.
Malah Rasullulah bersabda: "salah satu alamat kiamat banyak berlaku gerak gempa, kemarau panjang, taufan dan sebagainya.
diturunkan azab buka sahaja keatas org yg zalim, tetapi boleh kena sesiapa sahaja.
jika yg ditimpa itu org yg zalim, ia menjadi hukuman keatas perbuatannya selama ini, tetapi jika org lain, ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada umat manusia tidak kira bangsa menunjukkan kuasa allah tu mengatasi segalanya.

Jika kita lihat di Malaysia, tiada bencana besar seperti itu berlaku.
Apakah umat islam boleh rasa selesa sedangkan bencana boleh datang dalam pelbagai bentuk..?
Sebenarnya kita di Malaysia tidak terkecuali, namun bencana yang berlaku itu tidak kita sedari.
org islam diMalaysia kini kehilangan kewibawaan akibat perpecahan dan pergeseran sesama mereka disebabkan berbeza fahaman atau ideologi dan parti.
maruah dan kekuatan terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah terhakis dan kita org melayu telah kehilangan hak keistimewaan yg sedia ada.
hari ini sahaja kita lihat kehormatan kita dicabar, yang mana undang² bahawa agama lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah, walaupun sesama mereka sendiri, tetapi mereka berjaya memastikan kehendak mereka di benarkan..apo cerito?
kalau kita lihat dalam hidup harian mereka(golongan yang mahu kalimah Allah itu dibenarkan penggunaanya) tidak pernah menghormati bahasa melayu dan kita boleh lihat dalam iklan atau surat rasmi yang mereka tulis.
Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka atau bahasa inggeris.
Persoalannya ....kenapa dalam ibadah mereka sibuk menggunakan bahasa melayu? tetapi dalam perkara lain mereka mengabaikannya.
Ini adalah penghinaan kepada org isalam kerana dalam islam, Allah itu bersifat tunggal, tetapi tuhan mereka lebih daripada satu.
Didalam al-quran surah Al-ikhlas sudah jelas menerangkan perkara dan taktik itu sebenarnya dakyah mereka di Malaysia, walaupun kitab Bible dicetak dalam bahasa Melayu itu untuk org kristian, lambat laun pastinya akan menjadi tatapan umat islam negara ini...
nauzubillahhhhhhhhhhh...........!!!

p.s:/ semoga dilindungi umat islam seluruh Malaysia.

14 March, 2011

sahhh...sahhhh...takdo mood nak update hari ni..
mggu ni penat sbb ada karnival..
kemas- kemas barang..
sambil- sambil tu  den jadi tokey detox food patch jap..
nasib la kunjungan kurang ramai...
mehh!!! sapa yg sakit kaki tuu..
bg yg kuat berjalan tu sesuai..ekekek

09 March, 2011

ok...!! n3 ni untuk sambungan smlm...
cuma nak kongsi lobih sikit lg..
cam biasa persiapan untuk karnival dah hampir siap..
tinggal lagi nak masuk peniaga jo..esok..
jadi pentas dan segala pameran pun dah selosai..
pentas dlm kawasan yg minima..ala kadar jo laa

itu pun dgn pelbagai permasalahan berlaku..yg mana susah sgt org negeri melaka ni nak beri kerjasama..
tapi takpo..mungkin lopeh ni...jangan harap la dpt keistimeewaan mcm ni..huhu
ok lah..smlm den janji nak tunjuk baby penyu kan..
haaa..cute tak?
haa..byk lg nih..pilih² kalau nak belaa..
itu lah antara pameran yg dah siap dan perlu dijaga bergilir..kalau curi.. denda RM 100k..
hahhaha..tu baru seekor..kalau byk mcm ni?..penjara la..hehheehe
ni ada lagi antara pameran yg menarik..rangka paus yg terdampar di perairan m'sia..
iaitu di nenasi ,,pahang..
rangka dinasor,,,ekekek
mulo² den ingatkan dinasor..bosa sgt...dah tanya baru tau..
apo pun..sesapo yg rajin hujung mggu ni..dtg la melawat..
den sambut korang kat salah satu kedai yg di sewa..
kodai herba...huhu
cari tau

Rajin kerana dipaksa

rasa nak tergeliat pinggang ada gak nih..
hehehehhehe...
hari lambat sikit dapat ngadap komputer..
mcm biasa lah den ni..org lain tak buleh nampak den sonang..ado yooo!!!
den tak kisah kalau perlukan pertolongan..
kalau nak ikutkan kerja nih dibuat oleh org lain..tp sobab pangkat punyo psl..
sanggup mengeploitasikan org lain..tp takpo lah...den tunggu korang yg gilo kuaso ni jatuh nanti..
den ado yo pangkat..tinggal lagi bkn totap yo..ekekekk
berbalik pado cerito asal..
hari ni diorg minta tlg cuci tangki fiber untuk Karnival IAT(industri Asas Tani) yang akan 
diadakan di kota fesyen MITC melaka pada 11/3 -13/3/2011 dari jam 9pg hingga 10mlm..
karnival berkonsepkan speisis terancam..
tangki yg den cuci tu untuk sang penyu hidup nih..
si karah dan si lipas...
 jadi buat sementara waktu dio berdua duk la dlm tangki kocik ni dulu..sblm masuk tangki bosa..
penyu² ni di import dari pengkalan balak melaka..
jadi minggu ni g jln² MITC lah dia berdua..ekekkek
ini nama dia penyu karah..
dan yg ni plak penyu lipas..ala comei²
dapat gak den belai manjo penyu nih..
tapi kesian bila tgk dia di kurung dlm tangki ..sedangkan sepatutnya bebas di lautan yg luas...
apo kan dayo..kalau tak camana nak perkenalkan pada org ramai tentang pupusnya spiesis penyu nih..
paling tidak mereka ni kenal jenis penyu yg ada di malaysia nih...
apo pun den dah tlg bersihkan 3 tangki untuk penyu² ni termasuk anak²nya..
nak tgk anak penyu tunggu n3 akan dtg atau dtg sendiri ke melako MITC..depan mydin
bole juga tgk rangka paus yg besar punyoooooooo

adehhh!!! sengal lg belakang den nih...
tampal koyok jap


07 March, 2011

den sering di aniaya...

salam pg...
asyik dtg kojo yo..muko cam gaban...
hencem lg otromen..mungkin cicakman juga machoo..
den sampai opis hampir kono kad merah...ini hari terlajak sbb letih sangat ..
smlm jln jauh ...meeting punyo psl..duk dlm kereta lebih penat dari bawa kereta..
bilo blk dah jam 7ptg ..jalan plak jem..lagi sakit pinggang
sampai umah dah jam 8 lebih...adehhh..perut lak buat lagu nasyid..
den raso pelik bilo kontrak bolum sign tp kono hadir mesyuarat..
dah sah sah blm tentu sambung atau tak.. ni kan pulak nak memutuskan sesuatu dlm mesyuarat..
sedangkan org lain masih ado lg..lagi pelik bila mesyuarat tu bukan di bawah bidang den..
apo psl tak suruh anak buah dio sendiri.?
kenapa kena suruh den?..mesyuarat tu yg di pengerusi oleh YB..ketua pengarah...blaa..blaa..blaaa
kalau bkn bidang den..den nak jawab apo..?
ni semua bole memalukan agensi..den pun malu juga....kono marah..
bilo dah tak hadir dgn alasan tersediri,,baru nak terhegeh² marah den..sendiri jawab laa
..anak buah ko buat apa?..apa guna..?kepentingan diri ke?..
mentang² den duk opis nampak rileks..tp dlm hati tgh kusut psl penyambungan kontrak..heheheh
dengan sesuka hati nak menyakitkan hati den..
sah ado unsur jenayah sakit hati kat den nih..
takpo den tau sapo...bkn buleh nampak den senang..
mano² tempat kerja pun den rasa begitu..org kita tak buleh nampak sesama sendiri senang..
mesti ada unsur menjatuhkan...
dalam mencari rezeki..yang penting ikhlas..
den kalau dah bengang..den tak buat bodo je..yg den buat..ni lah....edit N3...
hahahaahaha..ado gak kojo..
yg sakit hati tu..poie la berubat...kalau merebak nanti susah..penyakit ni umpama barah...
BAHAYA woooooooooooooo..

03 March, 2011

Cerai setiap 15 minit..

Ini cerita bukan main- main..ini betul betul..
Jangan terkejut..jangan melatah 
Ini merupakan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) penceraian berlaku dalam kalangan umat islam dicatatkan berlaku setiap 15 minit pada tahun 2009.
Ianya meningkat dari tahun ke tahun akibat kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat..
Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat kita ditunaikan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri..
perkara begini sudah jadi macam trend masa kini...
dalam cerita lain pula ada satu sendikit yg menawarkan pakej pelancongan tukar pasangan ..
perkara ini telah menular keseluruh negeri terutama kuala lumpur...
yang menjadi ajen atau tok dalang adalah sindikit dr negara jiran..
perkara menarik begini, lagi membuka mata pasangan islam yg mengalami masalah rumah tangga..
untuk mencari penyelesaian dan keseronokan...Nauzubillah!!
bukan senang bila kita hendak mendirikan rumah tangga..
ia memerlukan persedian yg cukup dari segala segi..
kita tgk je lah remaja kita skrg...kita tgk blogger cukup lah..
kalau yg kat luar tu lg la plak kan...ekekekke
kalau dlm blog tu..mereka bangga memperkenalkan hubby,darlig,my sweet dan mcm² lg..
mmg la seronok ada org syg..kena fikir..itu masa muda remaja...perkara itu sementara..
setelah berlaku sumbang mahram..kemudian lps tgn..br nak menyesal..banyak berlaku
kalau kita tak boleh bawa kasih syg tu dan bersedia dlm alam perkahwinan....jgn kita teruskan..
kalau tak ini lah akan jadi..Penceraian setiap 15 minit

01 March, 2011

apo nak jadi org kito.....

salam membaca..
sampai bilo agak eh org kito ni nak maju..masih dlm takuk lamo..
berusaha tak mau..harap belas ehsan dan juga simpati..ado yg lobih mudah dengan mencari jalan singkat untuk untung dan senang .. menipu,,mencuri dan sampai sanggup membunuh...demi mengejar kekayaan.
cerito pasal ini den teringat mlm tadi...
lopeh g beli lauk untuk masak esok..den cari la kodai mkn..mkn roti canai..heheh
biaso lah mlm² kalau kodai area kg atau tmn perumahan ni mesti ramai pengunjung eh...tambahan lopeh sembahyang isya..
org kata lobih kurang cam kodai kopi la..ekekek...sebab masa² ni lah untuk lepak²..borak²
kalau tgk waktu mcm ni ramai org lamo yg baru blk dari surau..
berketayap,,kain pelekat dan berbaju melayu..takpo lah..maso ni diorang nak jumpa kwn² cerito kosong..
bagi den itu perkara biasa lah kan..yang den polik nih ingat br blk dr smyg insaf segala perbuatan..
rupanya tak...nahhhh!!!kuar kertas putih 4..5 keping..
bkn nak buat kapal terbang kertas...bkn nak ambil order..sekali no ekor daaaa...ya allah!!
bkn nak sorok²..tapi dgn bangganya open mcm tu je..polik tul...
kalau bebudak mudo tu tak heran laa kan..sebab baru nak hidup..ni dah nak senja..
kalau nak buat amal ibadat tu betul² laaa...
kalau kita tgk skrg ni pun...yg berkunjung kedai nombor ni ramai org kita yg nak kaya cepat..
kebanyakannya org yg dah senja..jrg ada budak muda..
sumber pakcik google
yg den pelik lg diorg ni tak tau ke haram..camna nak ajar anak muda bangsa kita
sedangkan yg tuo pun samo yo..
yg ni mungkin br blk smyg jumaat atau br lps nikah..ekekeek
apo pun den blk dengan rasa kesal bangsa sendiri yg tak pernah sedar dan insaf walaupun telah di tegah dalam agama kito..
harap dijauhkan lah kerja memboli no ekor ni dari keluarga,,sahabat dan teman² den semuo..
takdo yg senang untuk jadi senang selain dari usaha 
dan tak ado yang senang untuk jadi susah melainkan diri kita sendiri