Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

30 January, 2011

JUara Dalam kEbasahan...

salam sejahtera...salam sejuk...
nampak gayo eh ..dah 3 hari berturut- turut hujan turun tanpo henti..
nak mandi g kojo pun raso maleh..tapi jangan zaman bebudak dulu..
selagi tak kono sosah ngan omak..selagi tu lah dio main hujan...
ha..ni nak poie kojo pun kono naik keto plak...baru nak jimat minyak..ekekeke
hujan berturut skrg ni menyebab kan sekitar negeri johor banjir..
kebanyakkan aktiviti hampir tergendala ...
tapi tidak bagi proses mengundi di dun TENANG...walaupun dalam keadaan hujan tanpa henti..
proeses pengundian dijalankan seperti biasa..
Turut sama yg sanggup meredah banjir sedalam hingga paras lutut..
mereka laksanakan tanggungjawab mereka...
dengan kesungguhan dan ketabahan wakil BN untuk mermpertahankan kerusi DUN TENANG iatitu MOhd Azahar Ibrahim..
INi dia juara kita...


 Tetapi dalam kegembiraan bagi kemenangan di DUN TENANG...
masih ada juga yang menang dalam kesedihan...Di kampung Plentong Baru,, Johor Bahru
Siapa sangka hari bahagia pasangan pengantin baru, Raja Hairul Azliza Raja Rosli dan suami, Mohd. Arbain Tolha yang sepatutnya meriah dengan gelak tawa bertukar sebaliknya apabila banjir melanda kawasan rumah mereka.
Takpo..bersanding yang cancel..kawin tak cancel..ekkekekek

Apek:/ den tunggu pilihan raya kecil dun merlimau melaka...huhuhu

26 January, 2011

Balasan untuk isteri derhaka


Untuk renungan bersama...

1. BALASAN WANITA YG TDK MENSYUKURI KEBAIKAN SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda 'aku lihat api neraka, tdk pernah aku melihatnya seperti hari ini krn ada pemandangan yg dahsyat didalamnya. telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri dr wanita'
Rasulullah S.A.W ditanya,'mengapa demikian ya Rasulullah?'
Rasulullah S.A.W menjawap 'wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup'

2. BALASAN WANITA YG SUKA MENYAKITI HATI SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda 'wanita yg menyakiti hati suaminya dgn lidahnya, pd hari kiamat nanti Allah S.W.T jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya'

3. BALASAN WANITA YG BERMASAM MUKA TERHADAP SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda 'mn2 wanita yg bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah S.W.T sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pd suaminya'

4. BALASAN WANITA YG LARI DR RUMAH SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda 'Apabila lari wanita dr rumah suaminya, tdk diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan meminta keampunan dr suaminya'

5. BALASAN WANITA YG MEMAKAI BAU BAUAN KETIKA KELUAR RUMAH
Rasulullah S.A.W bersabda 'mn2 perempuan yg memakai bau bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar tercium bau harumnya, maka sia adalah spt berzina dan setiap mata yg memandang itu adalah zina'

6. BALASAN WANITA YG BERHIAS BUKAN UNT SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda ' perempuan yg mengenakan pakaian dlm keadaan berhias (bkn unt suami) adalah seumpama gelap gelita pd hr kiamat, tiada nur bgnya'

7. BALASAN WANITA YG TDK MENUNAIKAN HAJAT SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda 'apabila lelaki mengajak akan isterinya ketempat tidur ttp ditolaknya,lalu marah lah suami nescaya tidurlah wanita itu dlm laknat malaikat hingga ke pagi;

8. BALASAN WANITA YG MEMINTA CERAI DRP SUAMI
Rasulullah S.A.W bersabda'mn2 wanita yg meminta suaminya menceraikannya dgn tiada sbb yg dibenarkan oleh syarak, haram lah bgnya bau syurga..

Sumber: salinan daripada kengkawan.. pinjam yo..huhu

20 January, 2011

Manfaat kopi untuk kecantikan

salam ceria..wahhh!!
ni mcm dah takdo cerita je..ekekeek..sendiri mau ingat laa
asyik cerita pasal org je...mehh..kali ni den cito sikit psl blog den.."KOPI"

kalau cerito kodai kopi ..sampai bilo pun tak habih..asyik ajak mnm kopi panas je kan..!!!
pastu tanya plak biskut lutut..wahahhahha..apa daaaaa
Tengok tajuk je...wanita mesti suko kan..?sebab cerita  kecantikan..
dah lumrah wanita ni tak bole dipisahkan dari kecantikan..kelembutan dan serba serbi lah..
apo pun kopi ni ado menfaatnyo...
selain menjadi minuman sebagai sumber insopirasi serta menghilangkan ngantuk, KOPI juga memiliki khasiat lain..
Tapi, jika diambil berlebihan ia buleh mendatangkan implikasi kerana KOPI mengandungi kafein tinggi.
disebalik keperluannya untuk menambah tenaga dan memberi kesegaran pada tubuh, kopi juga memiliki kandungan PH yang hampir sama dengan kulit kita sekali gus berfungsi sebagai pengawal ASTRIGENT.
Dek kerana tu lah kopi juga boleh digunakan untuk rawatan kulit.
bahkan beberapa bangsa didunia sejak dahulu lagi telah memanfaat kan kopi dalam ritual perawatan kecantikan mereka.
dengan kata lain , kopi bukan hanya lidah yangketagih kopi, tubuh anda juga begitu ...
rawatan kopi membantu membuat kulit lebih halus dan bercahaya..
Selain dari itu:-
1. Mampu membuang sel² kulit mati sehingga membantu memperbaiki kulit rosak.
2. Meneutralkan kulit yang yang gatal, ekali gus memberi nutrisi pada kulit dan juga membantu menghilangkan bau badan.
3. Menjaga kelembapan kulit terutama kulit yang kering dan berkedut.
4. Menghilangkan bekas jerawat, menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur dan membantu memperbaiki perjalanan darah.
5. Membantu memecahkan lemak di tubuh.

17 January, 2011

NOta UntuK LelAki...

Wanita akan rasa bahagia jika difahami....
Tapi lelaki ni EGO eh tinggi sampai susah nak beritahu soal ini..
jadi cuba  tunjukkan antara 5 tips kepadanya..mudah- mudahan selepas ini si suami/lelaki akan lebih meghargai anda..
1. Lahirkan pujian sekali sekala
Wanita sangat bangga jika dipuji lelaki dan tambah  terharu apabila yg memuji itu adalah suami atau org yg disayanginya..jadi kepada lelaki yg menyayangi wanita dlm hati...selalulah memuji wanita apabila dia berhak mendapatnya..tapi satu perkara yg perlu anda tahu..
wanita mudah perasan jika pujian yang diberikan ada udang di sebalik batu..hehehhehe
2. Jangan sesekali mengkritik soal potongan badan
Persoalan tentang badannya antara  perkara palaing banyak difikirkan wanita setiap hari,,,jadi tak perlulah anda yang lelaki mahu mengingatkanya...heeeeeeeeeee..syyyy
3. Apabila isteri baru melahirkan anak
Fahami bahawa wanita sedang melaluli fasa baru dalam hidup..katakan padanya dia tetap cantik dan berterima kasih kerana melahirkan buah cinta anda berdua..
4. Jangan melayan drama
kadangkala wanita berfikir terlalu berselirat hingga membayangkan sesuatu yang bukan²..(mereka sering menyalahkan hormon apabila ini berlaku).Dalam situasi bergini anda harus relak dan tidak melayan perasaannya. Terus bersikap cool dan wanita akan mula tersedar dia yang berfikir bukan²..
5. Pupuk kepercayaan
Sejauh mana keseriusan seseorang kadangkala terlihat daripada perancangan yang disuarakan. Ketika mula bertemu seorang wanita dan anda tersa jatuh hati, sebutlah soal pertemuan seterusnya...
Kemudian sesudah lama bersama, bercakaplah tentang bila anda mahu bertemu bakal mentua dan bawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Selain itu jangan lakukan perkara menghancurkan kepercayaan wanita....*(menipu)

13 January, 2011

hati wanita terletak pada mulutnya..

Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai dan caci..
8 perkataan ni bole membuatkan wanita menjadi gerun.
selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram..
Orang lelaki akan tersenyum dan tersengeh saja.
Ternyata 8 pandangan negetif ini lambang keperibadian muslimah yg lemah akhlaknya..
cubo bayangkan kalau perkara² ini ado dlm diri saudari...Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot....jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia..
Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia..
berbalik pado hakikat, sememangnya wanita itu insan yg mudah lupo dan lalai..Ado masa² tertentu dan mungkin juga kerana keadaan keliling yg membuatkan wanita mempunyai salah satu ciri² berkenaan..
Tapi ingat lah,,,wanita yg solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 org lelaki yang soleh..

Memang payang untuk kito ni nak mengawal diri ...sedangkan ado sajo hal disekitar yg membolehkan seorang wanita itu rasa hendak marah, melenting hingga bercakap celupar..
sedang itu bknlah perangai sejati seseorang wanita, yang didalam hatinya ada iman dan yang ado dlm hatinya akhlak terpuji..
Namun ingatlah pesan org tuo,untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata² kebaikan...
dan untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan

Tidak dinafikan ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang lembut bersifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang..Wajah keibuan membuatkan lelaki rasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja...
Bak kata Ulama'.."HATI WANITA TERLETAK PADA MULUTNYA"...
Ado lagi kata pepatah.....untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari..dan untuk medapatkan badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan..
dengan bertambahnya usia, anda mestilah semakin mensyukuri bahawa kita telah diberi dua tangan...
satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain..
Kepada wanita² yang taat akan suaminya selalulah ingat; semua ikan² dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan dia tidak lupa menjaga sembahyang dan puasanya...
semoga di rahmati...

11 January, 2011

baju kecik ku bunga- bunga..huhuuuuuuuuu

nak cerita hal org...rasa macam mengumpat plak..tapi kalau sekadar kongsi cerita ok kot...huhuu
mmg kalau cerito psl benda tak baik ni sampai bilo pun tak sudah..
kalau dah buat benda tak betul...mmg la sampai bilo org akan cerito..
wa'ima cerita pasal kenduri kawin tak cukup lauk..mesti blk org cerita punya...
"sipolan buat kenduri lauk basi..dah la tak cukup"..dah !! tambah dosa org pulak..
itu kalau cerita lauk kenduri tak cukup...
kalau cerita artis m'sia?...mmg takdo kesudahan la kan..huhuhu
dari kisah gosip..dedah sana sini..sampai la kawin cerai
bilo dah salah..keluar  la ayat yg biasa ni.."kita manusia..tak lari dr melakukan kesilapan"..
halamak ai...kalau salah ckp ..sedap gak guna ayat tu..
tapi kalau saje cari psl..bole ke guna ayat tu..?
nahh!! cerita artis kita sorang ni...bkn mat saleh pun..bkn bangsa lain pun..bangsa melayu..
kemana pun kita berada ...patut ada la adab pemakain ...sbb ada nama dlm industri hiburan
kemana sahaja pun pergi mesti ado peminat...jadi mesti tak lari dgn kesalahan ..walaupun kecil..
tapi kalau kecil sgt bole gak tutup..habih kalau dah terang bersinar mcm ni..nak salahkkan org lain juga ko?
sepatutnya kita sedar diri kita ni melayu..
walau kek tompek org...dah bercop oleh negara asing yg org m'sia ni bersopan santun ...
berbudi bahaso..huhu...ontah lah..mungkin diorg nak kata org melayu yg duk kg je kot..
tp sbb majoriti kat m'sia org melayu...sekali sebut je laa..
tapi den apo kisah ngan artis srg ni..bkn heran pun...kalau dah kat tempat sendiri pun mcm tu..

ni kan kat negara org...apo kisah..kalau wartawan tanya..jawab je..
tup..tup...3 , 4 bln nanti syp la...
dunia artis...bila cerita tgh heboh..pakai la baik² sekejap..
nak bg tau yg sy insaf sekejap...eh? sekejap ke?..huhuhu..al maklum..
haa..ni la kalau dah bikin hal dalam dunia artis..pakai tudung jap...
pastu kalau kes cerai plak..tambah guna spec hitam...ekekekek...
huhuuhu...panjang ceritaaaa....sambung sendiri laaaa

10 January, 2011

TaMAt sudahhhhh....

salam kembali..raso cam dah lamo plak tak edit n3 baru..
pada hal sendiri yg cuti lamo..hahhaha..plak tu..tenet cam hampeh!!!
tapi takpo..hr ni den rajin sikit nak sambung n3 baru..tu pun bkn cerita seronok..
cuma lanjutan dan kebetulan isu entry yg lepas je...
ada persamaan ke ngan n3 lepas...???
gambar je kot...
setelah 4 episod..akhirnya drama SAKTI DELIMA ditamatkan oleh (LPF)..lembaga penapis filem
atas sebb cerita yang berunsur Syirik/tahyul...cerita yg mengisahkan kesaktian seutas kalung rantai yg menjadi rebutan ramai
ontah la..cerita drama melayu pun bole terpengaruh kan?
tapi kalau cerito indonesia tu buleh plak ditayangkan..lg tah apo cerito eh..
tajuk pun pelik²..katanya cerita rakyat..tak masuk akal lansung...
takpo lah...kalau bg den atas dasar cerita drama je ..takdo masalah..skadar hiburan..
tapi kenyataan kesal shiela rosly yg mengatakan  peluang pelakon yg bertudung  untuk berlakon terhenti..
ini kerana pelakon yg bertudung sering kali kecewa kerana tiada peluang dan susah untuk menerima tawaran berlakon..
bab ni pulak den yg kecewo...
apo tak eh...pelakon yg bertudung seolah dimanupulasi plak pemakain tudung mereka...adoiyaiiii
bilo den tgk je cito tu..terus den ingat pemakain tu mcm mano..tak ubah mcm paderi wanita..
tinggal lagi warna putih je baju dio...
kalau LPF hentikan sobab pemakaian..den sokng cepat..ekekek
kalau sekadar cerita atas hiburan..LPF kaji la semula
Apo pun den sokong filem malayisa nih...sbb mampu menyaingi mana² filem negara lain..

Apek kata:/ den nak buat cito buah delima plak laa...

05 January, 2011

Apo nak kato nih...

hari ni nak edit n3 baru tapi takdo cerito best..
nak cito psl blk kg smlm dan berlaku jem kat kampung yg pelik pun maleh..
sbb hati masih geram ngan lori yg buat jem tu..
Apo pun den buat kejutan BW seluruh kengkawan yg ado..
ado satu cerito yg menarik den jumpo.."cakap- cakap pasal wanita bertudung.."
sampai bilo pun tak sudah mengenainya...
jom kita terjah kojap..apo yg ado
jumpa blog si epal merah.."kenapa nak argue wanita bertudung"? tajuk dia..
Si epal merah ni marahkan si LensaRosak..bercerita pasal "wanita bertudung yg menjengkelkan"..
si epal merah mengatakan tiada ada hak kepada sesiapa pun bole menghalang pemakaian tudung 
mengikut citarasa sendiri..
menganggap semua kata² lensarosak memburukkan wanita bertudung..
                                                                          (Hello)
Bonggol-bonggol tuh hak masing-masing kan?
Yang dah tahu hukum tapi tak amalkan tuh hak dia lah.
Kubur masing2. Kalau nak sebarkan dakwah sekalipun.
keluarkan jerlah hadis tuh. tak payah nak kat its so "menjengkelkan"..
 
sampai bila kah ayat begini akan digunakan..?
sebaik² umat yang mengingati sesama islam adalah menegurnya..
dan selemah- lemah teguran dlm islam adalan dgn membencinya dalam hati..
bagi den..tak salah kalau Lensarosak membenci cara pemakaian yg berlebihan..
yang kata menyakitkan mato eh..yang terlalu menunjuk²..
tak di nafikan zaman skrg zaman berfesyen..
tapi bila berlebihan ia akan jadi kutukan..kebencian dan malahan jadi ikutan..
kita tgk pula slot Lagenda"Sakti Delima"..jam 4.30ptg.
mcm mana dgn pakaian pelakon wanita tersebut?..tak ubah seperti paderi kan?
itukah yg dikatankan ikutan yg baik..
 
fikir lah...yg buruk itu jatuh kepada kita juga..
orang melayu..islam
mmg kubur masing²..tapi membenci dan mengingatkan  perkara yg tidak baik semasa kita
adalah amalan yg dituntut oleh islam..

Apek kata:/ tak menyebelahi sesiapa..tapi mengingati

04 January, 2011

malu den..

hari ni mcm bosan sikit..bgn awal sgt..
terpaksa kuar awal g opis...kletakkk!!! haaaa...amik ko..punch kad den plg awl bln nih..
dan mcm biaso gak hr paling awal den ajak member join mnm kodai kopi..ekekek
lantak la.......
namun pg ni ado sikit malu la ngan kejadian kek pej pos td..
cukup kul 9 pg den pun kuar la ngan motor EGO s ...motor yg 'ego' tau..bkn den..heheh
menuju ke pejabat pos untuk hantar barang..byk tu..ecehhh..padahal 3 brg je..tak sampai pun sekilo..
dlm pada tu bole lg mencelah...teringat zaman remaja..ekekek...kaki celah..
layan la sikit..dah lama tak buat..waaaaaaa...(jgn amalkan)
hantar kejap je..sbb resit semua dah isi awal...pos laju lakatakan..settle!!!!
dalam masa nak sampai ke motor yg di parking tepi longkang..
den nampak awek blok blkg motor ego den..wahhh!!! ini sudah bikin den  pns...nasib den sampai dio alihkan motor cepat sambil senyum kambing..
tau takut!!!!hahaaha...gelak kambing...ehhhh
sekali...omak kau!!!....mak aih melatah den...tersepak bibir longkang..nasib baik tak jatuh masuk longkang..
bkn main malu den.. dopan awek melatah...hilang macho kojap...cisssss!!! kek..
muko hensem...melatah..hensem ko?wahahahaha...
lg sekali awek tu senyum kambing...den ckp kek awek .."bkn emak awak tau"...hehehee..
copek² tkn suis motor....vrooooooommm..cabut..tutup  visor helmet...

03 January, 2011

semalam yg pelik..

ini cerita kedai kopi...cerita sensasi...cerita terkini...
wahahahha..mcm best je..pada hal hampeh...
memang pelik tull...
mcm biaso lah kalau pepagi mesti cari kedai kopi..mnm pg..
smlm bole plak byk  kedai yg ada roti canai tutup..hadoiyaiii....
punya lah jauh den cari sekitar melako nih...akhir nya jumpo gak kat blkg masjid al-azim...
peh!!! ramai doll...kena tunggu laa.
sambil mencari baru den teringat ..budak sekulah br mendaftar hari  ni..
ptt la byk kodai yg tutup..lupo den..dah lamo tinggal zaman sekulah...padan muko!!!
jadi,, kodai yg den jumpo ni plak nampak cam best..ramai pelanggan.
tak tau la kan..diorg ni pun agak eh mcm den gak cr kodai tak jumpo..wakaakkaka...
kodai tu pun nampak ok je..pekerja suma lemah lembut...awwww!!!! siap pakai kopiah semua...
dari  penebar roti,,pembuat air sampai la pelayan..tp pelik...semua 'patah'...ekekekekk..
mungkin dah berubah kot...aminn!!!
order bang?lah..yang ni patah gak..ekekekek....roti kosong 2,roti telur 1....mnm kopi satu..teh tarik 1.....haaa.....bungkus roti kosong 2..
bungkus takde bang...!! ....lah..hbs ke?..den tgk byk lagi tu..
hangin dah nih..dio kata blm bole order bungkus lg.....pelik????/...bila???
dia blh mcm tu je..hadoyaii..den tgk org lain bole plak...cisss..pangkah pasni kedai ni...
amik ko..pastu bersapau tunggu air ngan roti...bole lak org baru order dah dpt....mmg pelik..
hati sudah panas..mmg pangkah besar punyaaa!!!!
bro!!!mkn cepat kita blah cepat..bengang nih...

Apek kata:/mlm td lagi pelik..keta kancil parking dlm longkang..hahahha