Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

30 November, 2010

Adoiiiyaiiii....

badan dah lomah..muka dah cengkung...kang org ingat den ngisap dadah plak
ni lah akibat domam panas..dah dekat seminggu lebih dah
ingat tolan panadol je sihat la..ermmm
bertambah panas satu...bila dah overheat..mulut mula la pecah²..
amik ko..sampai sekarang blm bole mkn lagi..
bkn kata mkn..nak tolan air liur pun susah..
g opis je org kata den nih dah mcm kurus je..
alaaaa.den baru nak bina badan cam bro Ben...dah kono domam plak..
nampak gayo eh...lopeh ni kono mkn byk blk laa..
skrg selero ngah tinggi..kono plak bebudak blog ni asyik tunjuk gambar pasal makan jo..tak patut..tp apokan daya...soba jo lah
adoiyaiii...lapar nyaaa
sampai bubur pun den tak bole nak mkn lagi...
TOLONGGGG!!! bagi petua ubat mulut pecah ni..sakit ooooo
buleh kuar air mata jantan tau...ekekkeekk

sehati sejiwa...

mail dan minah sudah lama berumah tangga..
semua perbelanjaan kereta , rumah dan lain² semuanya perkongsian bersama.
malangnya mail tidak pernah berkata begitu..sebaliknya mengatakan semua harta benda
adalah hasil duitnya, sehingga timbul perasaan tidak puas hati pada minah.
Suatu hari isterinya menegur mail....
Minah : "Abang apa la..bila org tanya kereta siapa?...abg asyik kata kereta abg yang punya..hampir semua harta dalam rumah ni..abg kata abg yang punya.."
Mail : " habis ...abg nak kata apa"/?
Minah : " abg kata la harta KITA..katalah KITA yang punya"...
Mail : ermmmmm...ok laa
selang seminggu..........
Minah : "dari tadi minah dok tgk abg tercari- cari sesuatu...abg cari apa,,..."?
Mail : " abg cari seluar dalam KITA...minah nampak tak..."?
Minah : &$#$%&

Apek kato:/ cinta sejati bawa bersamo..ekekek

29 November, 2010

11 jenis manusia didoa malaikat..

1. org yg tidur dalam keadaan bersuci.
malaikat akan bersama dalam pakaiannya sehingga ia bagun dan kemudian akan mendoakan kamu .
2. Orang duduk sedang menunggu solat.
3.Orang yg duduk di saf depan solat berjemaah.(bagi lelaki)
4. Orang yang menyambung saf dalam solat berjemaah.
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
8. Orng yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan org yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

cerita google or goggle...

Suatu hari yang nyaman , zack, maria dan natalie duduk bersantai dan lepak² di pakli kopitiam
 sambil mnm kopi mahal..ekekekek
Zack: Wei!!! korang..aritu aku g berkelah ngan kengkawan aku.tengah duk menyelam dengan bebudak nih ,,spek aku hanyut la plak.
Natalie : la...kenapa menyelam pakai spek?
Zack : Arghhhhh...rugi dol..mahal tu...
Maria : nape kau  tak pakai google?
Natalie : &^%%$%@
Zack : hahahaha...kalau aku pakai google habis la rosak PC aku..apa lah!!!
Natallie : hahahaha...apo lombab ko nih...bkn google la..goggle..tu yang tutup mata tu
Maria : opssss..salah sebut eh...?(malu)

27 November, 2010

depan mata..

lamo gak den tak edit entry baru sendiri...
masuk ni dah 3 hari den lepak kek up town..
biasolah..Up Town dah mulo ..maka hujung minggu terpaksa la lepak kat sini je...walaupun domam tak baik lg..apo kan dayo cr sesuap nasi ..ekekekek
tapi hari ni raso den lah paling awal sampai kek tempat lokasi..
padahal mmg tiap kali den yg sampai awal..ekekek..
nak jadi cerita hari ni..dah siap kemas apa yg patut,,den pun gerak la g sembahyang..memandangkan waktu magrib dah masuk...
jauh eh masjid tu dekat 300meter...jln kaki la denn..
org kato lebih bnk pahalo eh..
sampai ye tepi jln utama yang memisah kan masjid..prenggg...preeenngg...
wahhh..kerek mamat nih...celah2...dummmm!!!!!
Ambik ko....kono pun...singgah belakang produa kancil...
nasib den belum lintas..kalau tak,, den yg di langgar eh..
haaa..angkat la sendiri..tadi kerek...buka helmet ..tgk mamat india..lg la den buat tak tau..den lintas..terus masuk amik air smyg..
Allahuakbar!!!
balik sembahyang dalam keadaaan tenang..
ehhh!! dah isya plak...
maka den pun gerak kan kaki lagi sekali dengan jarak 300meter tu..
pahala tu...huhuhu
sampai tepi jln yg sama gak..bummmmmmmm!!!!!
opocot opah den!!!
sekali kelisa plak tibai belakang kenari...
tapi ok la..kedua2 pemandu masih bole bw kereta
pehh!!....belum den lintas lagi tu..
samo gak...den teruskan melintas tuk sembahyang isya..
takdo apo yg den buleh tolong..Hp pun tak bawa..jadi bawa niat je nak sembahyang...

Apek:/ betapa berkuasanya allah tu..nak sgt tgk dpn mata

24 November, 2010

jom ramai- ramai kunjungi pameran antarabangsa MAHA 2010

MAHA2010
Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

http://www.mahaexpo2010.com/bm

15 November, 2010

Renungan untuk kaum hawa....

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang 
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan.. 
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA  tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

14 November, 2010

Fakta menarik antara lelaki & perempuan.....

haaaa..ni mesti best kalau korang nak banding kan antara boypren, girlpren dan suami isteri..
mungkin ado sebahagian korang dah tau..tapi takpo..
selak selak yo sementara ada idea bosan nih...huhuhu

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu mlm..
Apek:/ mcm mano tu?....huhuhu
2.Penukaran jantina lebih banyak dilakukan oleh lelaki..
Apek:/yo ko?..mcm sama je..
3.Rata- rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4kg, dan wanita kurang dari itu..
Apek:/patut la panjang akal eh...
4. Bagi wanita, masalah timbunan lemak lebih banyak berlaku pada bahagian punggung..
manakala lelaki lebih banyak timbunan lemak di bahagian perut...
Apek:/ tak di nafikan..hahahha
5. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh(yang menghasilkan Bau badan) daripada lelaki.
Apek:/ patut org pompuan suko boli myk wangi byk²..hahahaha
6. Kemampuan pancaindera lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah dari pada wanita..
Apek:/ patut la org pompuan bole buka kodai runcit..ekekek(segala penyakit)
7. Mata lelaki rata- rata lebih besar daripada mata wanita dan mata wanita lebih banyak bahagian berwarna putih..
Apek:/ apo tak bosa eh..pemandangan cantik skrg nih..ekekek
8. Lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan kanta sentuh antara usia 16 - 44 tahun
Apek:/ ptt la mata diorg lawa..cis kono tipu la nih...huhu
9. Secara umumnya hidung lelaki lebih besar daripada wanita, sedangkan wanita kebanyakanya mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki.
Apek:/ skrg tak lagi dah...sbb semua NABIL raja lawak dah ambil..ekekekek
10. Lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki..
Apek:/ dah nampak ...penyertaan pertandingan nyanyi ramai wanita..
11. Wanita lebih byk menggunakan kata ganti diri"saya" berbanding lelaki..
Apek:/ sopan santun.
12.Wnita kurang mampu menahan sejuk kerana permukaan kulit yang lebih besar dan lebih suka pada ruang yang lebih hangat...
Apek:/ patut la diorg ni suka manje- manje...ekekekek

kopi mahal untuk kengkawan...


Harga minuman sisa musang cecah RM4,940 sekilogram
APA kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram.
Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.
//
Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumuhan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar.
Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.
Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.

Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan.
Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab ‘menghasilkan’ kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses kumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.
Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.
Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa kumuhan yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran.
Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.
Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari.
Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.

11 November, 2010

cerita LELAKI...

KUASA MATA LELAKI....
Dalam menilai kuasa dalam tubuh badan manusia mendapati, mata lelaki memiliki aura yang lebih t inggi berbanding wanita. Mengikut kajian , aura pandangan mata lelaki mapu menembusi ruang deria rasa wanita..
Apek kata:/ lebih pada tu kot...hahahhaah..jahat tul

KUASA HALIA UNTUK JEJAKA..
halia atau nama sains eh..."Zingiber Officinale Ross" merupakan tumbuhan yang semulajadi serta banyak khasiat.
Masa kan tidak,amalan pengambilan halia telah diamalkan dari zaman dulu lagi. bukan sahaja baik untuk kesihatan malah berguna untuk peredaran darah..Haaa bagi lelaki plak ia berfungsi untuk menampah SPERMA..ekekk
Apo kato:/ mnm untuk buang angin badan jee..huhuhuuh

RIWAYAT HIDUP LELAKI
menurut orang tua-tua dulu- dulu, lelaki lebih pendek umur berbanding wanita kerana penggunaan tenaga yang lebih..ye ke?...huhuhu.
Tapi menurut seorang ahli bedah di Atlanta plak mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita...hahahah,,,jgn jeles..perbezaaan ini ternyata disebabkan wanita mempunyai kelenjar peluh yg lebih sedikit berbanding lelaki..
Apek kato:/ Janji ado kelebihan..ekeke

SABUN DI BILIK MANDI..................
Kebanyakan lelaki gemar menggunakan sabun buku berbanding gel mandian...ye ke?
Tahukah kamu bahawa sabun buku merupakan salah satu tempat pembiakan bakteria?
ia akan membiak sebanyak 74% daripada berus gigi.Hala ini kerana kadar PH sabun sangat sesuai untuk pembiakan bakteria.Kepada kaum sejenis ngan den kat luar sana, taks alah jika kita menggunakan sabun buku asalkan penjagaan dan cara pemakaian baik untuk kebersihan kamu...

Apek kato:/ cuci sampai kilat ko?..akakakkak

10 November, 2010

kenyataan dan kemungkinan si dia curang...huhu

menjadi pasangan cinta sejati macam romeo dan juliet merupakan idaman setiap insan yang bergelar manusia.
dalam zaman siber dan mencabar ni, banyak faktor yang mungkin berlaku kecurangan dan bole memusnahkan istana cinta yang kian lama terbina.
jadi kamu lah yang akan menentukan sejauh mana mendalamnya cita kamu terhadapnya..
OK..sebelum jadi bubur lambuk..mohhhh!!! kita tgk tanda² awal yang sidia  curang...huhu

1. Mata resah tgk jam.
padahal jam tu dah lama beli tu...anda juga yang hadiahkan masa hari jadi dia..
kejap² tgk jam dan sekelip mata tindak tanduknya berubah...
mcm ada perkara yang lebih penting dari bersama dengan anda..
dah mula dahhhhh...

2. Madah berhelah
dalam seronok ngah rancang nak dating tetiba sahaja mengadu sakit perut lah...pening lalat lah, lenguh kaki la nak jalan...pado hal baru jap tadi jumpo sihat walafiat..pastu kamu menawarkan bantuan tuk hantar ke klinik atau sbgainya, dia menolak bersungguh² dan ingin pulang bersendirian..

3. Sering tolak tawaran
ni dah mula la..asyik di pelawa je g tgk wayang ke,,g kenduri ke..mcm² alasan...nampak sangat drastik..
kalau dulu bkn main lagi..jom sana..jom sini..ckp je nak g mana..."i bawa u ke alaska pun bole"..cehh

4. Tak jawab call& sMs
Jika dulunya sering berhubung dengan kamu walau pun dah nak tido ...tetap nak  sms n calling².
tapi secara mendadak/tiba² di dia tak hubungi dan tak sms lagi..puas tunggu...
mungkin berlaku atas faktor kerja berlambak atau sebaliknya..tapi kojo apo sampai pagi buta..huhu
malah kamu cuba hubungi dia, HP sidia sentiasa Off atau talian sibuk..

5. Mungkir janji
Dah mula dah..dulu gunung kinabalu pun bole bawa depan umah....skrg tayar keta pun tak jejak depan umah..
hahhah..yang dulu mungkin tinggal kenangan.

6. Marah tidak menentu
Kalau zaman remaja..sifat marah mmg sinonim
tapi kalau bab bercinto...tetiba marah walaupun perkara kecil..ado lah tu
ni mungkin tanda awal sidia akan hye..hye bye..bye

Apek kato:/ lain kali buat bubur nasi ayam..br la sodap..hahhaha

kobau kena cucuk hidung...

ehhh...mcm best je bunyi..nak korban rayo haji lambat lagi..
haa..ni kerbau lain lain..
ni kerbau kalau dah cucuk hidung ..bila tarik dia ikut je..
pesal plak cite kobau nih...huhuhu
ntah la zaman skrg ni pun masih org percaya benda karut marut nih..dan still gunakan pada org lain..
padahal nak sodapkan hati sendiri je..sampai sanggup guna benda karut tu..PELIK
bayangkan lah kalau bos korang ikut segala kata staf  paling bawah pada korang..
apo raso eh..
mesti kojo pun terganggu kan..
ni yang polik nih...bila kita bantah ..kito plak yang kono balik
hari ni koba lain...tak sampai seminit dio koba lain plak...adoiyai...sah dah kono racun...huhuu..
tapi takpo..org yang buat tu sonang kek dunio je...mmg senang hati
tapi ingat la bilo nak mati sok...air selautan pun tak cukup...
nasib den kojo kek sini tak diganggu jugak..kalau tak ..bosa la dosa den plak..hahahhaa
ado niat gak ko?ekekkekek...cakap je

Apek kato:/ Umat akhir zaman..dengki sesama manusia..

09 November, 2010

sodap eh 'KING BURGER'....nyum..nyum







 
pikir la nak makan ke tak...huhuhu
Apek kato:/ mkn la selagi bole makan...ekekek

Persiapan nota sebelum ujian...

haa..mulo lah kalau dah dekat- dekat nak ujian ni,,,
biasanya korang mesti panikkan..hahahahha
sobab eh nota yang ado dlm simpanan korang tidak lengkap kan...
rasa plak nyesal sbb tak salin maso letch bagi nota dalam kelas..
hah!! padan ngan muko den....
mulo lah langkah baru dengan meminjam ngan kengkawan yang lain..
bunyi mmg tak sodap..tapi apo kan daya...tu lah jln terbaik yang ado..
Buleh,,tapi kaedah meminjam tu ado gak syarat- syarat yg perlu di patuhi..
meh kito tgk sesamo....

1. BIJAK MEMILIH
bukan semua yang buleh dan senang nak di fotokopi kan. ado yang bersikap pemurah, dan yg beri seribu satu alasan untuk mengelak nota diorg kena pinjam..korang harus bijak memilih rakan yang bole membantu dalam keadaan yang cukup terdesak ini. cuba ingat kembali, pasti ado antara kengkawan korng yang pernah meminjam nota korang masa dulu. Apa kata korang guna balik"reverse psychology" supaya kengkawan korang sedar ngan pertolongan yang pernah korang beri..
dengan cara ni mungkin lebih mudah untuk buat fotokopi yang korang perlukan.
2. WAKTU YANG SESUAI
waktu meminjam juga perlu diambil kira.  jangan pula dah sampai masa ujian baru nak meminjam, bukan saja kengkawan korang yang tidak sng ngan keadaan ini, mlah korang pun mesti tak selesa kan. hal ni mesti menggangu korang membuat ulang kaji kerana terpaksa menyalin nota.jadi rancang lah jadul korang dengan teratur..
3.JANGAN JADIKAN KEBIASAAN
Haaaa...ni lagi satu..bila korang dah biasa meminjam,, ianya akan berlarutan sampai bila- bila dan ini akan jadikan korang seorang yang pemalas.Apa salahnya korang meluangkan masa menyalin nota ketika dalam kuliah dan lebih fokus semasa pensyarah sedang mengajar di depan.
Untuk pengetahuan korang, pelajar yang memberi tumpuan ketika dalam kelas lebih berjaya dari mereka yang tidak fokus terhadap penerangan yang diberikan.
4. ALASAN
meskipun alasan yang korang berikan untuk meminjam nota tersebut kerana sakit atau tidak sihat, namun alasan itu tak buleh digunakan sampai bila- bila.
elok kemukan alasan yang benar- benar mendesak sehingga korang terpaksa meminjam  nota tersebut. mungkin dengan alasan yang logik dan kukuh, pasti kengkawan korang sudi membantu.Walaupun begitu, hati -hati dengan alasan yang digunakan kerana takut kengkawan korang tau yang korang sebenarnya malas,,,hahahahaha..
5. JAGA & KEMBALIKAN 
Disebabkan nota tu kepunyaan kawan korang, maka kena lah korang pulangkan semula...'pulangkannnnn',,,huhuhu,dalam keadaan yang baik dan kepada tuan yang sebenar.
Selain itu kembalikan dengan secepat yang mungkin kerana kengkawan korang nak juga study...
jangan sebab sehelai nota yang korang pinjam dan tidak pulangkan, hubungan korang dengan kengkawan turut terjejas..

Apek kato:/ ambil jalan terbaik menghadapi ujian

08 November, 2010

Apo yang sodap ehh....

huii...dah dokek seminggu domam...
hari  ni masih tak sihat lg..hidung dah naik merah menahan selesema..
nak masuk entry baru pun tak brp mood..
tp takpo..dalam maso tak sihat ni pun buleh yo kognsi lg menu baru..
bahan utama tetap samo..iaitu KUPANG..menu je lain ..
jom kita try..kalau selero raso sodap
RENDANG KUPANG CILI PADI
Bahan
1kg                 isi kupang                    
120ml             santan
5 biji               bawang merah             
1 helai            daun kunyit
1 biji                halia                            
15g                   garam
1 biji                lengkuas                        
15g                  serbuk perasa
3 batang          serai                             
20g                 jintan manis
1 sudu             kerisik                           
20g                  jintan putih
10 biji             cili padi                          
20g                   biji ketumbar

Cara Masak eh
1. Basuh kupang dan toskan air.
2. tumis segala bahan dan kupang
3. kemudian masukkan santan dan digaul sehingga rata.
4. setelah hampir kering, masukkan daun kunyit, kerisik, garam dan serbuk perasa.

*Setelah cukup masak..hidangkan bersama keluarga...

Apek kata:/ Sodap ko tak...selero masing²..hehehhe..salam mencuba

07 November, 2010

selera kito...wekkkkkkkk

Assalamualaikum..
salam isnin yang muram..sbb  mondung kot..huhuhu
tambahan pulak den ni ha kono domam...dah tak kuat lagi agak eh sistem dlm bodan nih.ekekeek
apo pun takpo...ni bagi korang sumo terperanjat..pastu jadi beruk..Agak eh laaa
sobab ehhh...yang korang ni sumo penggemar makanan barat kan..ekekekek..
moh nengok apo yang terkezut tuu...
Cito sikit MAk Cik...
Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.



Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lag


  

Orang kito ni kalau bab mkn mmg hebat...
Dio makan dulu ...baru baco..tak kiro lah baco apo pun..doa ko..label ko..
semuo kemudian...
ni la akibat eh...  
oleh itu kita yg berugama islam di mestikan menyemak lebel bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli.perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......

Apek kato:/ konon eh nak ala western...hahahha..sodap laie cekodok pokak den buek...

02 November, 2010

kongsi isi perut..huhu

Assalamualaikum...
meh semuo...den nak konal kan menatang alah ni...huhu
dah disobabkan kojo den pun ado kono mengono ngan bondo nih..den kongsi la sikit maklumat.
Cubo tgk btl² apo namo menatang nih...?
dah tontu lah spiesis kerang kerangan..iaitu kupang..benda ni famous pada org yang duk berhampiran ngan laut je..
kalau nak ikutkan..paling byk di johor dan melaka..
permintaan pun buleh tahan..bedesup..hehehhehe...
orang yang duk berhampiran ngan laut ni koba ...sodap.!!!..sodap ko?....ntah la.
kalau dah spiesis kerang tu mmg la sodap..
den pun dah cubo..buleh laa..cuma selera baru je kan..lain kali cubo lagi.
nak di panjang kan cerito..den ada la buat beberapo resepi yang mungkin pembaco nak try..
mano lah tau kan..tak cukup lak nasi sepiuk...ekekek
apo pun cuma kongsi resepi je...eh!!!
pandai ko den masak?
buleh ko den masak?
hahaahah..tgk kaki laa...ingat org laki tak pndai ko masak..tinggal lg maleh jo yang lobih..
Apo pun ..pokok pangkal kek selero sendiri..

KUPANG LADA HITAM
Bahan- bahan

500g            Sos tiram                     4 ulas               bawang kecil
30g             Lada hitam                   30g                  Capsicum merah
2 ulas             Bawang putih            30g                  Capsicum hijau
* garam dan serbuk perisa...

CARA MASAK EH....
1.panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil sehigga naik bau.
2.Masukkan sos tiram, lada hitam, garam, serbuk perasa dan isi  kupang.
3.Masukkan bahan tambahan seperti capsicum merah dan hijau, kacau hingga masak..

*Apo lagi...sedia untuk di bedal..hahaha

ehhhhhh...ado lagi resepi yang lain...tunggu entry baru ek

01 November, 2010

tolongggg...leher tak buleh pusing...

Adehh...bagi petuo sikit kalau ado
dah seminggu dah tongkuk den ni haa tak bleh pusing...sakit ooo
kengkawan panggil pun pusing dah mcm robot..apo cito?
nak buek kojo pun tak kompiden..huhuhu...
bilo dah mcm ni rimas la plak..ha tu lah..maso time sihat tak ingat sakit..
kan dah..sekarang baru lah nak mengadu sakit...nak ngadu kek sapo?
buleh elok ko?...sendiri mau ingat laaa...
jadi entry kali ni ngadu kek kengkawan jo lah...ekekekkekek
tolongggggggggg!!!

Apek kato:/ ingat sakit ketika sihat,, ingat akhirat semaso kek dunio...