Aku menulis bukan kerna nama,, kerna sifat kasih, sayang sesama insan...yang menyatakan..kasih sayangmu...kita sama...semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan......

jojak hari-hari

11 February, 2011

Hari memperingati kekasih rosakkan akidah remaja islam..

Assalamualaikum...
kembali menyibukkan blog..huhuhu..
walaupun br 3, 4 hari tak usik blog..raso cam lamo plak..
hari dgn raso maleh den isi la kekosongan yg tak berapo lamo den tinggal kan ni...
kali ni den cerito hari yg paling semua org ingat termasuk remaja islam kita..walaupun bkn dlm hari penting dlm agama kito..
iaitu "HARI VALENTINE"..
memandangkan beberapa hari je lagi 14Feb akan muncul...segala persiapan untuk menyabut nya telah bersedia..promosi di pasar raya..tepi2 jln..byk iklan jualan hadiah dan bunga di ditawarkan...huhuhu..siap ada diskaun lg..
remaja kita mungkin tgh asyik merancang dan menyediakan hadiah untuk yg dikasihi...
cuti mungkin dah tompah awal..hotel bajet mungkin juga sudah di tempah..lokasi tepi pantai mungkin juga adalah lokasi yg strategik untuk luahkan segala rasa cinta dan syg...ekeekkkk...tmn bunga dijadikan cerito hindustan..huhuhuuu
Tarikh 14 Februari ini mungkin lebih mudah dingati berbanding dgn tarikh2 kebesaran islam  lain..
dalam pada itu tak tau lah remaja kita ini ingat atau tidak hari yg patut mereka ingati selepas pada hari Valentine tersebut iaitu 15Feb...
'HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W'...
sepatutnya mereka raikan nabi kita yg akhir ini yg telah memperjuangkan islam...yg mana dahulunya islam ini dicaci dan di benci yahudi..opss...skrg pun...tetapi kita masih lagi memperingati hari yg mereka cipta...Nauzubillah
Jom kito tgk apo asal usul Hari kekasih..
pelbagai catatan sejarah dan kisah yg diceritakan mengenai asal usul hari kekasih ini...
1.sblm abad ke-17masihi, masyarakat rom meraikan hari valentine pada 14 Feb setiap tahun sbg hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.
2. Manakala dlm cerita lain pula , hari kekasih ini diraikan oleh penganut kristian yg memuja seorg paderi bernama st Valentine dgn menganggap beliau seorg mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih syg nya terhadap agama kristian.
3. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Feb sebagai 'hari burung- burung mencari pasangan mereka'..
4. Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dgn mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing2 akan mengucapkan 'Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

byk lagi cerita2 yg ada diceritakan...dan ini cuma sebahagian...
Bagi umat islam...
sabda rasulullah"Tiada dua  org berkasih sebenar-benarnya melainkan dalam pernikahan"..hadis ini jelas membataskan kekasih kita hanyalah org yg dipadukan dengan ikatan pernikahan yg sah..

Hukum Meraikan Valentine
Tiada kekeliruan hukum dalam isu hari valentine, kerana ia jelas amalan agama lain selain agama islam.
Hukumnya adalah haram kerana sambutan ini mengandungi unsur-unsur dan elemen kepercayaan agama lain, disamping pelbagai perkara sampingan yg membawa kepada perbuatan maksiat dan bercanggah dalam islam.

Berikut ialah sikap yg perlu dihindari oleh remaja islam pada hari kekasih:-
* Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih untuk meraikannya.
* Menghantar kad2 ucapan tertera kata2 Valentine's Day dimana pada kad tersebut terdapat gambar pari2 yg menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
* Seperti dibarat, parti2 yg diadakan disambut dengan pesta seks dan tari menari..
* Menghantar SMS kepada ,kekasih untuk meluahkan rasa syg bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan "keajaiban" hari tersebut...

# islam mempunyai tahap dan peringkat dalam menzahirkan rasa cinta dan kasih iaitu tahap tertinggi,cinta kepada Allah, Nabi, Ibu, Bapa, Suami atau Isteri, Zuriat dan saudara seislam.

9 comments:

ïêmå å¢klê§ said...

tampar je laju2 sape y smbut valentine ni...

Illiana Hidayah said...

aku rasa kan sape yg sambut velentine ni kan tak cukup SAYANG pada pasangan la..sebabnya kasih sayang patutnya dizahirkan setiap hari.. bukannya pada 1 hari yang kononnya VALENTINE..

kak long said...

tengok la nanti,keluar ke berito...yg kono cokup sumo kapel2 melayu...kek hotel2 lak tu...
gilo!

AiEn said...

betul nasihat anda semua..saya sokong...kita ni sepatutnye malu dengan agama islam...pegangan islam...bukan mengadaikan maruah semata2 tuk mereka yang belum sah jadi suami kita...

Wuucin Kimora said...

memg merosakkan.. diperhalusi secara halus ...

apek poyo said...

btl tak ckp den..lopeh je 14feb..ramai pasangan melayu kito ni kono tangkap khalwat..
tu baru satu negeri..60 psgn..pehhh

Nadee Nadoo said...

mereka tu makin merosakkan name yang telah rosak betul lahh...huhhhh..

nkara said...

say NO to valentine!

Farhana Sahri said...

xske kne tag pic kt fb sal coklat valentine bagai...dh la xmkn coklat ne pn..dh tu plak velentine..huhu