Assalamualaikum.....
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa mulai hari ini, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai saat ini juga kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai sekarang setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
p;s/: agak korang la..sesuai tak kalau den buat MEMO mcm ni bilo jadi bos nanti..?heheheh
11 comments:
this entri make me smile...hhuhuhuhuhu...best!! tak tahan time lunch tu..ada betul gak kalau betul ada..hahaha
cutieintan: ado..nanti den buat
hahaha pi jahanam company tuh..semua x boleh hahah...lahanat ar..tngah syok berak..nye mari kamera rakam spot on time..haru biru jawabnya
hahahahahahaha kalo ada memo cm ni.aku org pertama yg buat piket biar takde org kje kat syarikat yg berkenaan
5 min aje waktu makan?? sure kurus kelaparan.. ha3
syuxer: errrrr??..
rara : huhuhu..memo setelah sekian lama bekerja..
wahida: sesuai kan?..sng nak diet
woihhh. pendek kata, memang takda naek gaji langsung. pi toilet tak leh lebih 5 minit. adoiii.
eh jap, bos boleh la buat semua neh yea?
fatihah : dah namo pun bos..apo sajo dio buleh buat..ekekekekk
kalu dapat bos camni, saye gigit2 kepala lutut dia, calarkan keta dia, pancitkan semua tayar yang dia ada. pastu blah, letak jawatan..hehe
khalidah: hahahahaha....sblm buat tu ..bos dah suh ekau berenti dulu..ekekke
kalau aku dpt bos gini,aku terus resign 24 jam..hihi..boleh..?carik jer kerja kat kompeni lain..
Post a Comment